• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu

Oleh
Ismail NA
26 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bukan biasa-biasa, konvo kat University of Harvard dan University of Stanford kot!

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu. Melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah impian ramai orang. Sepertimana kata-kata hikmat ‘pendidikan adalah alat mengubah nasib bangsa’, prinsip ini dicerminkan oleh seorang rakyat Malaysia yang kini berjaya menggenggam ijazah sarjana dari Amerika ini.

Isi Isi Penting
  • Bukan biasa-biasa, konvo kat University of Harvard dan University of Stanford kot!
  • “Baju Melayu seksi!” – Andrew Loh
  • Ibu dan neneknya jadi inspirasi terbesar Andrew
  • Kisah wanita ini juga memberi inspirasi kepada anak muda, terutamanya graduan lepasan ijazah. Baca selanjutnya di sini:
Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu. Kredit: LinkedIn Andrew Loh

Dalam artikel kali ini, kami ingin menceritakan kepada anda sebuah kisah inspirasi daripada Andrew Loh, rakyat Malaysia pertama yang berjaya menamatkan pengajian daripada dua universiti berstatus Ivy League di Amerika Syarikat. Bukan satu per satu, tetapi tamat serentak!

Untuk pengetahuan anda, Andrew Loh merupakan seorang penasihat kerajaan di Institut Tony Blair, London dan mempunyai pengalaman konsultasi kerajaan di benua Afrika, Asia dan Eropah. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pengajian menerusi program berkembar khas.

Menerusi program ini, beliau berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana (Masters) dalam bidang Pentadbiran Awam di Harvard University dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) daripada Stanford University secara serentak.

Lelaki ini juga merupakan anak Malaysia pertama yang menerima ijazah berkembar daripada universiti teratas di dunia itu!

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Kredit: LinkedIn Andrew Loh
Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Kredit: LinkedIn Andrew Loh

“Baju Melayu seksi!” – Andrew Loh

Lebih mengharukan, beliau sangat berbangga dengan identitinya sebagai anak Malaysia apabila memilih mengenakan baju kebangsaan iaitu baju Melayu untuk konvokesyen di kedua-dua unversiti berkenaan.

“Baju Melayu ni seksi!” ujarnya secara berseloroh.

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Kredit: LinkedIn Andrew Loh
Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Kredit: LinkedIn Andrew Loh

Jelas lelaki yang berusia 35 tahun ini, universiti terkemuka ini sangat menghargai kepelbagaian. Maka, inilah peluang terbaik beliau untuk menonjolkan budaya serta identitinya sebagai rakyat Malaysia.

Malah, rakan-rakan sekelasnya begitu menggemari baju Melayu dan sering memuji busana kebangsaan ini. Menurut Andrew, mereka juga kagum dengan Malaysia kerana negara ini memiliki budaya yang kaya dan berbagai rencam.

Ibu dan neneknya jadi inspirasi terbesar Andrew

Inspirasinya untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka tersebut didorong oleh dua wanita terhebat dalam hidupnya. Menerusi catatannya di laman LinkedIn, nenek dan ibunya merupakan wanita kuat yang telah melalui banyak perkara dalam hidup.

Ceritanya lanjut, neneknya berjaya menempuhi kehidupan sukar sewaktu penjajahan Jepun di Perang Dunia Kedua dengan memakan akar tumbuhan. Ibunya pula sudah mula bekerja sejak berumur 9 tahun bagi membantu menyara keluarga. Kini, ijazah yang digenggamnya adalah ijazah untuk keluarganya; yang juga melambangkan impian bagi setiap mobiliti sosial.

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu
Andrew bersama ibunya, Celia Chin. Kredit: LinkedIn Andrew Loh

Syabas dan tahniah diucapkan buat Andrew Loh! Semoga terus maju dan bangga menjadi anak Malaysia.

Kisah wanita ini juga memberi inspirasi kepada anak muda, terutamanya graduan lepasan ijazah. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :LinkedIn Andrew Loh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah
Next Article Tak Perlu Transit KL, Kota Kinabalu Kini Sudah Ada Direct Flight Ke Korea!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?