Pertunjukan sirkus nombor 1 yang buat kali pertama di Sarawak!
Great British Circus Bakal Buat Pertunjukan Sarkas Pertama Kalinya Di Sarawak. Waktu kecil, mesti ramai yang teringin untuk melihat pertunjukan sarkas dengan aksi-aksi mencabar minda dan mengejutkan, kan?
Bayangkan keseronokan menyaksikan akrobat terbang di udara, badut jenaka, dan ramai penghibur dari luar negara! Impian itu kini menjadi kenyataan apabila Great British Circus, sirkus nombor 1 di Malaysia, membawakan pertunjukan mereka ke Sarawak buat pertama kalinya!
Great British Circus Bakal Buat Pertunjukan Sarkas Pertama Kalinya Di Sarawak
Pada 8 Jun hingga 14 Julai 2024, Great British Circus akan mengadakan pertunjukan mereka di Stadium Negeri Sarawak (Car Park A). Waktu pertunjukan ialah pada setiap Jumaat hingga Ahad, cuti awam dan cuti sekolah pada pukul 5:30 petang dan 8:30 malam. Hari terakhir pertunjukan pada 14 Julai hanya pada pukul 5:00 petang.
Tempat duduk dibahagikan kepada empat zon – Tempat Duduk Belakang, Hot Seat, VIP 3, VIP 2 dan VIP 1 dengan harga yang berbeza untuk kanak-kanak dan dewasa. Anda boleh lihat senarai harga dan kedudukan setiap tempat duduk di bawah:
Great British Circus menawarkan tawaran istimewa untuk hari-hari tertentu. Mereka menggalakkan penonton membeli tempat terlebih dahulu secara dalam talian.
Anda boleh buat pembelian tiket di sini👉🏻 www.ticket2u.com.my