• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kastam Rampas 12,850 Botol Wain Pelbagai Jenama Di Pelabuhan Senari

Oleh
Farisha
9 Mei 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Kastam rampas 12,850 minuman keras pelbagai jenama, bernilai RM490,650 di pelabuhan Senari

Kastam Rampas 12,850 Botol Wain Pelbagai Jenama Di Pelabuhan Senari. Sejumlah 12,850 botol wain bernilai RM490,650 telah dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semasa pemeriksaan di sebuah kontena perkapalan di Pelabuhan Senari, bulan lepas.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata, cukai yang tidak dibayar untuk wain tersebut dianggarkan berjumlah RM324,148.88.

Kastam Rampas 12,850 Botol Wain Pelbagai Jenama Di Pelabuhan Senari
Kastam Rampas 12,850 Botol Wain Pelbagai Jenama Di Pelabuhan Senari

“Wain pelbagai jenama itu dijumpai di dalam sebuah kontena perkapalan kira-kira pukul 10.40 pagi pada 17 April di Kawasan Pemeriksaan Kastam (CEA) di Pelabuhan Senari,” tambahnya.

Norizan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas dokumen sokongan dan borang pengisytiharan elektronik mendapati wain itu tidak diisytiharkan dengan betul.

Dicampurkan dengan barang-barang yang diisytiharkan untuk elak dikesan oleh pihak berkuasa

Beliau mendedahkan, modus operandi yang digunakan ialah dengan membawa masuk wain ke negara ini dengan mencampurkan kotak-kotaknya bersama barangan lain yang diisytiharkan.

“Barangan yang diisytiharkan juga dibuat secara umum tanpa sebarang perincian untuk mengelakkan pengesanan pihak berkuasa,” tambahnya lagi menurut laporan media tempatan.

Norizan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 138 Akta yang sama.

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Awam Terkejut Temui Jasad Lelaki Tidak Bernyawa Di Sebuah Bilik Sewa Di Matang Orang Awam Terkejut Temui Jasad Lelaki Tidak Bernyawa Di Sebuah Bilik Sewa Di Matang
Next Article Great British Circus Bakal Buat Pertunjukan Sirkus Pertama Kalinya Di Sarawak Great British Circus Bakal Buat Pertunjukan Sarkas Pertama Kalinya Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?