• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS

Oleh
Ismail NA
22 November 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Petisyen ini sudah pun mengumpul lebih 10,000 tandatangan.

Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS. Setakat pagi ini, 22 November 2022, rakyat Malaysia masih belum mendapat kepastian tentang gabungan manakah yang bakal membentuk kerajaan baharu untuk 5 tahun dari sekarang.

Namun, umum mengetahui bahawa sejak keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disahkan dengan situasi parlimen kini tergantung, parti-parti yang mendapat mandat daripada rakyat sudah memulakan rundingan untuk bergabung dan membentuk kerajaan campuran.

Kredit: Berita RTM

GPS antara pilihan utama rakan gabungan

Gabungan parti utama Sarawak juga tidak ketinggalan. Dengan 23 jumlah kerusi dimenangi di Dewan Rakyat, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi salah satu gabungan yang menjadi pilihan rakan gabungan bagi membentuk kerajaan campuran.

GPS bekerjasama segera mengumumkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk Blok Borneo. Sebaik sahaja keputusan penuh PRU15 diumumkan dengan Perikatan Nasional turut mengumumkan pelawaan untuk bergabung, pengerusi GPS iaitu Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dilihat bersemuka dengan Pengerusi PN iaitu Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Yasin berserta Pengerusi PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS
Pertemuan di pagi 20 November 2022 antara Mahiaddin, Abang Zohari dan Hadi Awang. Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Kerjasama GPS dengan PN tidak disenangi rakyat Sarawak

Maka, rasmilah melalui satu sidang media di petang Ahad, 20 November 2022 bahawa GPS bersetuju untuk bergabung dengan PN serta GRS untuk membentuk sebuah kerajaan campuran.

Walau bagaimanapun, gabungan ini tidak begitu disenangi oleh rakyat Sarawak memandangkan PN turut disertai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ketidakpuasan hati rakyat Sarawak ini menyebabkan satu petisyen dibuat bagi menghalang kerjasama tersebut daripada terjalin.

Menerusi laman Change.org, petisyen tersebut adalah bantahan rakyat Sarawak terhadap kerjasama GPS bersama PAS, atau secara amnya, PN. Bantahan ini dimulakan oleh seorang rakyat Sarawak yang bernama John Lim. Sebab bantahan ini dijelaskan melalui ruangan deskripsi petisyen dalam talian tersebut.

Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS
Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS. Sumber: Change.org

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama. Kami menghormati Islam sebagai agama rasmi di Semenanjung Malaysia.

Namun, polisi yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan, Terengganu, dan Kedah sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam. Kami agak bimbang fenomena yang tidak sihat ini akan menular di seluruh Malaysia. Jika mereka terus menekan polisi yang akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat bukan Islam di parlimen, hal ini akan menyebabkan rakyat Sarawak hidup dalam ketakutan,”

Isi kandungan petisyen via Change.org

Jelas petisyen itu lagi, mereka (rakyat Sarawak) tidak akan membenarkan asas negara ini diubah buat selamanya kerana; sebaik sahaja unsur ekstremis agama sudah mula menapak, kesannya tidak akan dapat diundur semula.

Bukan itu sahaja, kebimbangan ini bukan sahaja untuk Sarawak, tetapi juga di Semenanjung Malaysia kerana terdapat keluarga dan rakan-rakan yang menetap di sana.

Petisyen ini turut menegaskan bahawa Sarawak adalah wilayah yang harmoni dan memiliki suku etnik yang pelbagai seperti Melayu, Cina, India, Melanau, Iban dan banyak lagi. Malah, lebih separuh daripada populasinya beragama Kristian. Justeru, nilai kepelbagaian dan keharmonian mesti dihormati, ujar John Lim.

Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS
Sumber: Change.org

Setakat artikel ini ditulis, petisyen ini telah mengumpul lebih 10,700 tandatangan yang mendesak agar Pengerusi GPS mempertimbangkan semula pilihannya untuk bergabung dengan PAS di bawah PN. Petisyen ini juga bakal menjadi petisyen teratas di Change.org sekiranya mencapai 15,000 tandatangan.

Selain rakyat Sarawak, ahli parlimen Ba’kelalan, Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu-PSB) juga turut menyuarakan kebimbangan yang sama. Jelasnya, masyarakat Kristian di Sarawak menolak sekeras-kerasnya kenyataan ekstrim pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin minggu lalu yang menyentuh sensitiviti masyarakat Kristian dengan menyatakan gabungan lawan menyebarkan agenda Kristianisasi dan Yahudi.

Baru Bian turut menggesa Abang Zohari agar membuat pilihan yang berhati-hati kerana inilah masanya untuk menunjukkan kepada rakyat Sarawak kesungguhannya dengan slogan ‘Sarawak First’; iaitu dengan menolak pemimpin yang rasis dan mampu menggugat keharmonian masyarakat di Sarawak.

Baru Bian turut menggesa semua MP di bawah GPS agar menolak kerjasama dengan PN dan PAS dengan lantang.

Untuk rekod, pada 20 Ogos 2022, pengerusi PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah menggelar masyarakat bukan Islam dan bukan bumiputera di negara ini sebagai ‘punca segala rasuah’. Akibat kenyataan tersebut, Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Liwan Lagang menggesa Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob serta kerajaan Sarawak untuk melarang Hadi Awang masuk ke Sarawak buat selamanya.

Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS
Tan Sri Abdul Hadi Awang, pengerusi PAS. Kredit: The Malay Mail

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mengguris hati rakyat Sarawak dengan menggelar masyarakat Dayak sebagai ‘pengundi bercawat’ yang dungu dan tidak pandai mengundi akibat kekalahan Pakatan Rakyat (yang dianggotai oleh PAS pada waktu itu) dalam Pilihan Raya Kecil Batang Ai 2009 kepada Barisan Nasional.

SUMBER :Change.org
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak
Next Article Pantai Di Sabah Ini Mengenakan Bayaran Untuk Lihat Sunset Undang Kecaman Netizen Pantai Di Sabah Ini Mengenakan Bayaran Untuk Lihat Sunset Undang Kecaman Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?