• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
22 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak

Pokok senggang tergolong dalam keluarga halia

Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia cukup terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan. Pada kebiasaannya, tumbuhan-tumbuhan tersebut ditanam untuk digunakan sebagai bahan campuran dalam masakan tetapi ia juga ditanam secara ‘home farming’ (pertanian di rumah) untuk tujuan perubatan.

Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak. Kredit foto: Zayn Gregory

Antara tumbuhan keluarga halia yang terkenal dalam masyarakat kita adalah kunyit, cekur dan lengkuas. Tetapi, tahukah anda terdapat satu lagi tumbuhan yang menyerupai halia namun hanya boleh didapati di Sarawak?

Pokok senggang, ibarat tumbuhan seribu satu guna

Tumbuhan itu dikenali sebagai pokok senggang ataupun buah senggang. Buah senggang tergolong di dalam keluarga halia yang hidup dalam hutan paya gambut Sarawak. Seperti kebanyakan jenis halia, tumbuhan ini tumbuh secara rumpun dengan ketinggian sehingga 3 meter. Buah senggang ini biasanya ditanam di pekarangan rumah, kebun, dan tepi ladang.

Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak

Pokok senggang ini dikatakan sangat bernilai kerana setiap bahagian pada pokok tersebut boleh dimanfaatkan.

Antaranya, sesetengah bahagian pada pokok senggang ini boleh dimakan. Misalnya, dahan muda dan biji dari bunga pokok senggang itu boleh dimakan. Buah dari bunganya yang telah masak juga boleh dimakan. Dikatakan, rasanya manis dan sedikit masam.

Pelepahnya boleh dijadikan anyaman

Selain itu, tumbuhan ini juga boleh dijadikan sebagai bahan anyaman. Batangnya boleh dijadikan tikar yang dikenali sebagai tikar senggang. Pelepah daunnya yang berwarna keemasan selepas mengering menjadikan daunnya sesuai dijadikan sebagai bahan anyaman. Proses pengeringannya pula boleh dikeringkan di bawah sinar matahari.

Persis Halia, Kenali Pokok Senggang Tumbuhan Lokal Hanya Terdapat Di Sarawak

Berbeza dengan anyaman yang diperbuat daripada daun pandan yang mesti dianyam ketika daun masih segar untuk mengelakkan daun koyak, pelepah daun yang longgar hanya boleh dianyam selepas kering.

Namun begitu, pokok atau buah senggang kini sukar didapati kerana tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan nadir ataupun tumbuhan yang ‘rare’.

SUMBER :Majalah1000guru
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Daripada 163 Negara, Malaysia Negara Ke-18 Paling Aman Di Dunia
Next Article Gugat Keharmonian, Rakyat Sarawak Lancar Petisyen Bantah GPS Bergabung Bersama PAS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?