• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup

Oleh
Ismail NA
23 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Gesaan ini dibuat oleh Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup. Akibat mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan ekstremis, Presiden Parti Islam Se-Malaya (PAS), Tan Sri Dato’ Abdul Hadi Awang digesa agar tidak dibenarkan masuk ke Sarawak seumur hidup. Gesaan ini dibuat oleh Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Ketua pimpinan PAS itu memuat naik satu hantaran di Facebook pada 20 Ogos 2022, menyatakan bahawa kaum bukan Muslim dan kaum bukan Bumiputera merupakan ‘akar umbi rasuah’ di Malaysia.

Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup
Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup. Tan Sri Abdul Hadi Awang. Sumber: BERNAMA

Beliau menambah bahawa ‘akar umbi’ ini perlu ditangani jika tidak mahu rasuah ini menular menjadi penyakit. Golongan pengamal rasuah ini dikatakan akan mengaut keuntungan dan mengawal ekonomi serta merosakkan politik di Malaysia.

Hadi tak layak jadi pemimpin – Liwan

Apa yang melayakkan anda untuk menjadi seorang pemimpin?

Adakah anda mahu diingati sebagai seorang yang rasis, penunggang agama, berbanding legasi pemimpin terdahulu yang dihormati seperti Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang disegani oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sebagai seorang yang bijak,”

Datuk Liwan Lagang

Liwan menambah bahawa beliau tidak pernah mendengar kenyataan positif dari mulut Hadi Awang sejak pemimpin PAS itu menghina kaum Sarawak pada tahun 2009 yang lampau. Bukan itu sahaja, menurut Liwan, beliau masih ingat dengan jelas Hadi pernah menghina masyarakat peribumi di Sarawak sebagai pengundi ‘bercawat’ yang jahil.

Hadi pernah hina kaum Iban yang undi Barisan Nasional pada tahun 2009 sebab masih pakai cawat

Sebagai konteks, Hadi Awang yang merupakan pucuk pimpinan parti PAS, parti dalam komponen Pakatan Rakyat (dahulunya Pakatan Harapan) pernah menyalahkan kaum Dayak atas kekalahan Pakatan dalam pilihan raya kecil di Batang Ai pada tahun 2009.

Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan laporan media yang menyatakan bahawa Hadi pernah mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.

Ekoran itu, Liwan menggesa agar kerajaan Sarawak mengenakan sekatan masuk ke Sarawak seumur hidup kepada Hadi Awang kerana anasir ekstremis nya yang tidak selari dengan prinsip toleransi di Sarawak. Beliau juga turut menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob untuk menyelar tindakan Hadi dan menggugurkan pemimpin utama PAS itu sebagai Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah.

Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup
Datuk Liwan Lagang

Rasuah tidak wajar untuk dikaitkan dengan mana-mana kaum atau agama. Mengeluarkan kenyataan bahawa rasuah ini hanya dilakukan oleh kaum bukan Muslim dan bukan Bumiputera adalah satu kenyataan yang berat tanpa dikemukakan dengan sebarang data dan statistik yang tepat,”

Sambil menyelar tindakan Hadi Awang yang ternyata mengguris hati itu, Liwan turut mengingatkan bahawa kepimpinan Hadi sebagai parti pentadbir negeri Kelantan, gagal membawa negeri itu keluar daripada kelompok negeri termiskin di Malaysia.

Dalam isu berasingan, Speaker Parlimen pernah bertindak keluar dari Dewan Rakyat kerana didakwa enggan membahaskan isu rampasan waris Sulu oleh MP Sabah:

‘Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?’ – Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu
‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu
SUMBER :The Borneo PostMalayMail.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menarik Di Sibu, Event Stylofest Sibu 2022 Bakal Diadakan Bermula Pada Hujung Minggu Ini
Next Article Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?