• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet

Oleh
Ismail NA
25 Jun 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Bukti Capaian Internet Masih Sangat Rendah Di Sabah dan Sarawak.

Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet. Kisah gadis dari Sabah, Veveonah Mosibin yang nekad bermalam di atas pokok sendirian semata-mata untuk menjalani peperiksaan online telah membuka mata banyak pihak tentang betapa rendahnya capaian internet di kawasan kampung dan pedalaman Sabah.

Isi Isi Penting
  • Bukti Capaian Internet Masih Sangat Rendah Di Sabah dan Sarawak.
  • Berkhemah di hutan berbekalkan kotak telur untuk menghalau nyamuk
  • Tidak serik walau pun kaki pernah dibelit ular semasa mesyuarat online
  • Gadis ini pula dapat inspirasi belajar dalam kelambu dari video Veveonah
  • Capaian internet lemah di rumah, hanya ada pilihan di bukit dan ladang
  • Baca kisah Veveonah yang tular di sini :

Malah, susulan daripada kisahnya yang tular, pelbagai pihak telah tampil termasuk Telekom Malaysia bagi mendirikan tiang telekomunikasi sekaligus menyediakan capaian internet yang baik di kawasan kampungnya.

Belum reda dengan kisah tersebut, pelajar di Sarawak juga turut menghadapi masalah yang sama apabila mereka terpaksa berkhemah dan berkelambu di dalam hutan semata-mata untuk meneruskan pembelajaran.

Berkhemah di hutan berbekalkan kotak telur untuk menghalau nyamuk

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Facebook, Sadiah DDarel, beliau sanggup menemani anaknya untuk belajar secara online di sebuah kawasan bukit yang agak terpencil di Pakan, Sarawak.

Memandangkan beliau sendiri adalah seorang guru, tentunya urusan pengajaran serta mesyuaratnya harus dilakukan secara online juga.

Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Kredit : FB Sadiah DDarel
Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Kredit : FB Sadiah DDarel

Akses ke kawasan tempat mereka berkhemah juga hanya boleh dilalui menggunakan jalan tanah kuning.

Kredit : FB Sadiah DDarel

Tidak serik walau pun kaki pernah dibelit ular semasa mesyuarat online

Berbekalkan kotak bekas telur yang bertujuan untuk menghalau nyamuk dan serangga ke dalam hutan, mereka berkhemah di dalam hutan sambil membawa sedikit bekal makanan. Malah, kaki anaknya pernah dibelit oleh ular semasa mereka sedang bermesyuarat secara atas talian melalui Google Meet.

Walau pun keadaan seperti ini sangat sukar untuk mereka berdua, namun ia tidak mematahkan semangat dua beranak untuk terus belajar dan mengajar di dalam hutan demi melangsaikan amanah dan tanggungjawab mereka.

Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Kredit : FB Sadiah DDarel

Gadis ini pula dapat inspirasi belajar dalam kelambu dari video Veveonah

Seorang lagi pelajar institusi pengajian tinggi yang berasal dari Pakan juga memuat naik pengalamannya di laman Facebook. Jelas Rose ED, beliau mendapat inspirasi daripada kisah Veveonah untuk memasang kelambu di dalam hutan sambil melakukan kerja.

Dengan kelambu yang didirikan tersebut, beliau akhirnya berjaya melakukan pembentangan berkumpulan online melalui sistem universiti berkenaan.

Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Sumber : FB Rose ED
Sumber : FB Rose ED

Jelasnya, pembentangan tersebut sepatutnya dijalankan pada minggu sebelum nya. Namun, akibat kekangan capaian internet di rumahnya, beliau terpaksa menunda pembentangan tersebut dan mencari kawasan yang mempunyai capaian yang kuat.

Capaian internet lemah di rumah, hanya ada pilihan di bukit dan ladang

Namun, pilihan yang ada ialah kawasan berbukit dan kawasan ladang sawit. Beliau memilih untuk memasang kelambu di kawasan hutan tempat ayahnya menoreh getah kerana beliau dapat menolong ayahnya membaik pulih pondok berdekatan untuk kegunaan hari yang seterusnya.

Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Sumber : FB Rose ED

Tambahnya lagi, beliau boleh memilih untuk pergi ke pekan untuk mendapatkan capaian internet yang baik tetapi perjalanan ke sana memerlukan kos yang tinggi serta kenderaan untuk berulang alik.

Sebagai seorang pelajar tahun akhir di universiti, tentunya capaian internet yang kuat sangat diperlukan untuk mencari maklumat bagi menyiapkan projek akhir tahun beliau. Beliau juga berharap agar perkara tersebut mendapat perhatian pihak tertentu bagi meningkatkan lagi capaian internet di kawasan tersebut.

Kegigihan pelajar Sarawak ini harus dipuji kerana mereka tidak mengaku kalah dengan situasi yang menghimpit pelajar di kawasan pedalaman.

Walau bagaimanapun, keadaan seperti ini harus segera diperbaiki kerana capaian internet adalah kemudahan asas yang sama pentingnya seperti air dan elektrik pada zaman ini.

Tidak lama lagi, dunia akan menaik taraf capaian internet berkelajuan 5G tetapi kelajuan di kawasan pedalaman masih di tahap Edge atau 3G sahaja.

Kredit : The Digital Transformation People

Jika perkara ini masih berlarutan sehingga beberapa tahun yang akan datang, kita sebenarnya masih jauh untuk menuju ke era digitalisasi. Apatah lagi ke arah ekonomi digital.

Internet asas kehidupan. Selamat maju jaya kepada anak pedalaman Sabah Sarawak!

Baca kisah Veveonah yang tular di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai
Next Article Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?