• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong

Oleh
Husna Hazmi
17 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong

Jom ketahui Hikayat klasik Sarawak mengisahkan pengembaraan Datuk Merpati.

Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong. Pengembaraan Datuk Merpati bermula setelah bapanya yang merupakan Raja Jawa menghalau beliau. Datuk Merpati kemudiannya menikahi Putri Sultan Johor yang bernama Permaisuri dan kemudiannya mereka berlayar serata kepulauan Melayu sebelum menetap di Santubong. 

Kemunculan mereka berdua di dalam pensejarahan negeri Sarawak berlaku dalam abad ke-12 Masihi hingga abad ke-16 Masihi iaitu seratus tahun sebelum kehadiran Sultan Tengah ke Sarawak pada 1598.

Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong

Dikurnia tiga cahaya mata dan satu daripadanya adalah seekor naga

Permaisuri iaitu isteri Datuk Merpati berasal daripada Kerajaan Johor iaitu Kerajaan Tri Buana yang juga mempunyai darah Minangkabau di dalamnya. Beliau kemudiannya telah melahirkan dua anak dan seekor naga. Anak pertamanya diberikan nama Merpati Jepang manakala anak perempuannya pula bernama Dayang Seri Bulan berkembarkan seekor naga yang bernama Bulan Jati.

Pada suatu hari, ketika mereka sekeluarga didalam perjalanan ke Brunei, mereka telah diserang lanun lalu diselamatkan oleh anaknya Bulan Jati yang merupakan seekor naga lalu Bulan Jati mengiringi mereka sehingga sampainya mereka ke destinasi mereka iaitu Brunei.

Pembentukan kerajaan di Santubong ialah pemberian taat orang-orang tempatan di Sarawak kepada pemerintahan Datuk Merpati dengan menyediakan hasil tuaian padi yang dinamakan memupu. Hubungan erat di antara Datuk Merpati dan orang-orang Bidayuh di Hulu Sadong dan orang-orang Melayu di bawah pemerintahan Datuk Abang Kuali dan Abang Kuli menambahkan kemakmuran Sarawak yang terbentuk dari Tanjung Datu hinggalah ke Hulu Sadong. 

Anak perempuan Datuk Merpati telah dicarikan jodoh

Melalui pengembaraan mereka ke sana, anak perempuan Datuk Merpati iaitu Dayang Seri Bulan telah dicarikan jodoh. Dari situ, Dayang Seri Bulan yang merupakan pengawal peribadinya telah menikahkannya dengan seorang putera dari Selangor.

Sementara itu, anak lelaki Datuk Merpati iaitu Merpati Jepang pula diangkat menjadi pemimpin di Pasir Kuning lalu memperkembangkan Melayu Perabangan Sarawak yang ada sekarang. Merpati Jepang merupakan nama yang amat biasa di dengari terutamanya di Sarawak. Merpati Jepang kemudiannya mengahwini anak pembesar di Santubong iaitu Dayang Murdiah.

Berkat perkahwinan Merpati Jepang dan Dayang Murdiah, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pateh Mengadi dan adiknya Patih Sangkona dan masing-masing antara mereka dilantik menjadi Patinggi dan Temenggung.

Masih ramai lagi yang tidak mengetaui bahawa Datuk Merpati dan Merpati Jepang adalah anak- beranak dan mereka adalah orang yang berbeza.

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa
Hikayat Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa

Pengakhiran Hayat Datuk Merpati

Walau bagaimanapun hayat Datuk Merpati berakhir kerana beliau telah dibunuh ketika mengambil wudhu di Sungai Lundu. Namun demikian, ada pendapat mengatakan beliau mati di Tanjung Datu semasa hendak menuju ke Bukit Datuk Melaka. Kedua-dua pendapat ini berakhir dengan satu kesimpulan iaitu tempat makamnya yang kini terletak di Landeh, Ulu Sungai Sarawak.

Makam beliau terletak agak jauh dengan Santubong berdasarkan wasiatnya kepada Dang Permaisuri agar dikebumikan di mana kopiah dan sejadahnya dibawa arus. Akhirnya arus sungai membawa barang-barang tersebut ke hulu sungai Sarawak dan kedudukannya adalah di kawasan kuala Landeh berdekatan dengan petempatan Abang Kuli dan saudaranya. 

Baca lagi Sejarah menarik Sarawak di sini:

Ketahui 11 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
Legenda Sarawak Dang Isah Tandang Sari, Gadis Yang Jadi Mangsa Kecantikan Sendiri
SUMBER :Borneo Oracle
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas
Next Article Non-Halal Korean BBQ House Hidang Makanan Autentik Korea Di Tabuan Tranquility Non-Halal: Korean BBQ House Hidang Makanan Autentik Korea Di Tabuan Tranquility

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?