• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah

Oleh
Nazihah AN
19 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah

Guru diarah bergilir-gilir bertugas jaga keselamatan sekolah

Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah. Baru-baru ini, aduan daripada seorang guru mengenai arahan terbaharu dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit telah tular di media sosial, mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga pendidik dan netizen.

Menurut aduan yang dimuat naik ke sebuah halaman Facebook, guru serta kakitangan sokongan di semua sekolah di bahagian Kapit diarahkan untuk bergilir-gilir bertugas menjaga keselamatan sekolah sehingga jam 5 petang setiap hari persekolahan. Lebih mengejutkan, skop tugas baharu ini menyerupai tanggungjawab seorang pengawal keselamatan sekolah.

Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah

Beban Kerja Bertambah, Guru Rasa Terbeban

Guru tersebut menyatakan bahawa tugas tambahan ini bukan sekadar memastikan kawasan sekolah selamat, malah melibatkan rondaan sekitar sekolah, menutup pintu bangunan, serta memastikan bilik guru dan kelas dikunci selepas waktu persekolahan. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana tugas-tugas berkenaan sepatutnya dilakukan oleh pengawal keselamatan yang telah digaji oleh pihak kementerian.

“Bukankah tugas ini harus dilakukan oleh security guard yang sudah menerima gaji daripada kementerian?” tulis guru berkenaan dalam aduannya.

Lebih membebankan, setiap guru dan kakitangan yang bertugas juga diwajibkan membuat laporan bertulis harian dalam buku yang telah disediakan. Tugas ini menambah lagi senarai tugasan yang perlu dipikul oleh guru, sedangkan sebelum ini sudah ada pelbagai tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, PPD, dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah

Janji Menteri Pendidikan Kurangkan Beban Guru

Guru-guru juga mempersoalkan tindakan PPD Kapit ini, yang dilihat bertentangan dengan janji Menteri Pendidikan sebelum ini untuk mengurangkan beban kerja guru. Selain tugas mengajar, guru kini terpaksa melakukan kerja-kerja tambahan yang tidak termasuk dalam skop tugas asal mereka.

Difahamkan, arahan ini dikeluarkan sebagai reaksi terhadap sebuah sekolah di pedalaman Kapit yang menutup sekolah selama seminggu semasa perayaan Tahun Baru Cina. Namun, tindakan ini menimbulkan persoalan: mengapa semua sekolah di Kapit perlu menanggung akibat daripada kesalahan sebuah sekolah sahaja?

“Kalau hanya sebuah sekolah yang bermasalah, mengapa harus melibatkan semua sekolah? Mengapa tidak dikenakan tindakan tatatertib terhadap pentadbir sekolah itu sahaja?” soal guru tersebut dalam aduannya.

Rayuan Kepada Pihak Berkuasa Untuk Siasatan

Guru dan kakitangan sekolah yang terkesan dengan arahan ini berharap agar pihak JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. Mereka berpendapat bahawa beban tugas tambahan ini tidak seharusnya dikenakan kepada warga sekolah yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Warga pendidik di Kapit kini menanti jawapan daripada pihak berkuasa mengenai isu yang membebankan mereka ini.

Baca juga cerita-cerita berkaitan di bawah:

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Ramadan, Lihat Penjelasan KPM
Bapa Undang Sebak Netizen Sarawak, Sanggup Redah Banjir Guna Besen Bawa Anak Ke Sekolah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 Dilancarkan Hari Ini
Next Article Pegawai Imigresen Lapangan Terbang Tawau Didakwa Terima Rasuah Untuk Lepaskan Warga Asing

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?