• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pegawai Imigresen Lapangan Terbang Tawau Didakwa Terima Rasuah Untuk Lepaskan Warga Asing

Oleh
Farisha
19 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Pegawai imigresen tersebut didakwa terima rasuah RM14,250

Pegawai Imigresen Lapangan Terbang Tawau Didakwa Terima Rasuah Untuk Lepaskan Warga Asing. Seorang pegawai imigresen berdepan detik mendebarkan apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM14,250.

Menurut laporan, Kartika Dewiana Bacho, 37, yang bertugas di kaunter imigresen Lapangan Terbang Tawau, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Pegawai Imigresen Lapangan Terbang Tawau Didakwa Terima Rasuah Untuk Lepaskan Warga Asing
Pegawai Imigresen Lapangan Terbang Tawau Didakwa Terima Rasuah Untuk Lepaskan Warga Asing

Rasuah Untuk ‘Lepaskan’ Warga Asing?

Kartika didakwa menerima wang daripada seorang lelaki bernama Eryano Jabar, yang dikatakan menguruskan pergerakan warga asing ke Kuala Lumpur melalui pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Tawau.

Berdasarkan siasatan, transaksi tersebut dipercayai berlaku di beberapa cawangan Maybank di Tawau antara Januari hingga Mac 2023. Kalau betul, memang kerja ‘mudah’ je kan – lepaskan orang masuk, dapat duit!

Hukuman Boleh Cecah Penjara Dua Tahun

Kartika kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Ikat Jamin RM10,000, Pasport Dirampas

Mahkamah menetapkan 11 Mac sebagai tarikh pengurusan kes dan mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan. Bukan itu sahaja, pasport Kartika turut dirampas dan dia dilarang berhubung dengan saksi pendakwaan.

Selain itu, dia juga diwajibkan melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap dua bulan.

‘Hati-Hati Bila Duit Mudah Masuk’

Kes ini sekali lagi mengingatkan kita tentang kepentingan integriti dalam kalangan penjawat awam, terutamanya mereka yang bertanggungjawab mengawal sempadan negara.

Bagi rakyat biasa, nak masuk negara sendiri pun kena lalu macam-macam pemeriksaan, tapi kalau ada ‘jalan belakang’ sebegini, memang tak adil lah kan? Apa pendapat korang?

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes rasuah:

Disyaki Makan Rasuah RM100K dari 30 Syarikat, Pegawai Penguatkuasa Ditahan SPRM Sabah
Kes Rasuah Monopoli Projek Kerajaan Di Sarawak, 8 Individu Termasuk Wanita Vietnam Direman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah Guru Luah Kesal, Dakwa PPD Kapit Arah Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah
Next Article Ini Senarai Lokasi Jualan Rahmah Bergerak Di Sarawak Ini Senarai Lokasi Jualan Rahmah Bergerak Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?