• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini Negara Punyai Tempoh Puasa Terpanjang Dan Terpendek

Oleh
Farisha
13 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Perbezaan Waktu Berpuasa, Daripada 18 Jam hingga 12 Jam Sehari

Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini Negara Punyai Tempoh Puasa Terpanjang Dan Terpendek. Bentuk bulat Bumi menyebabkan tempoh berpuasa berbeza-beza mengikut negara dan kawasan.

Oleh itu, terdapat sesetengah negara yang perlu berpuasa selama hampir 18 jam sehari kerana waktu siang hari lebih panjang berbanding waktu malam. Manakala ada juga negara yang hanya berpuasa selama 12 jam sahaja memandangkan waktu malamnya lebih lama daripada siang.

Jadi, mari kita lihat negara-negara yang mengalami tempoh puasa paling panjang dan paling singkat pada Ramadan kali ini. Menurut sumber, terdapat lima negara yang berpuasa melebihi 16 jam ke atas.

Lima Negara Waktu Puasa Paling Lama

1. Nuuk, Greenland

Di tangga pertama adalah Nuuk, Greenland. Penduduk beragama Islam di sini akan berpuasa selama 17 jam 52 minit dalam tempoh sehari.

Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini Negara Punyai Tempoh Puasa Terpanjang Dan Terpendek
Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini Negara Punyai Tempoh Puasa Terpanjang Dan Terpendek. Gambar: AFP

2. Reykjavik, Iceland

Manakala kawasan kedua yang berpuasa paling lama pula adalah Reykjavik, Iceland. Di sini, penduduk Islam akan berpuasa selama 17 jam 25 minit sehari.

3. Helsinki, Finland

Helsinki di Finland menjadi kawasan ketiga berpuasa paling lama iaitu, 17 jam 9 minit dalam sehari.

4. Stockholm, Sweden

Di Stockholm, Sweden, penduduk beragama Islam perlu berpuasa selama 16 jam 47 minit.

5. Glasgow, Scotland

Seterusnya, Glasgow Scotland juga tergolong dalam lima negara berpuasa paling lama kerana umat Islam di sini perlu menahan lapar sehingga 16 jam 7 minit.

Lima Negara Berpuasa Paling Singkat

Selain itu terdapat juga penduduk beragama Islam di negara-negara ini hanya berpuasa di bawa 13 jam sehari sahaja.

1. Christchurch, New Zealand

Tahukah anda, Christchurch, New Zealand menjadi kawasan paling singkat berpuasa bagi Ramadan 2o24. Rata-rata penduduk beragama Islam di sini akan berpuasa selama 12 jam 42 minit sahaja.

2. Puerto Montt, Chile

Negara kedua yang mempunyai tempoh waktu berpuasa paling singkat adalah Chile. Di sini, umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama 12 jam 43 minit.

3. Canberra, Australia

Seterusnya, rakyat muslim di Australia juga berpuasa 4 minit lebih daripada jiran mereka New Zealand iaitu selama 12 jam 46 minit.

Gambar: AFP

4. Montevideo, Uruguay

Kemudian, diikuti Montevideo, Uruguay dengan waktu berpuasanya 12 jam 47 minit.

5. Bandar Cape, Afrika Selatan

Salah satu negara yang mempunyai waktu berpuasa paling singkat adalah Afrika Selatan. Ini kerana, waktu berpuasa di sini hanya 12 jam 48 minit.

Walaupun tempoh berpuasa berbeza-beza mengikut kawasan, puratanya bagi keseluruhan umat Islam adalah antara 13 hingga 14 jam, meskipun setiap kawasan mewakili spektrum yang berbeza.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Selain Menyegarkan, Ternyata Inilah Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Berbuka Puasa
SUMBER :Siakap Keli
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia
Next Article Krisis Bekalan Air Kritikal, JPBD Isytihar Daerah Papar Dilanda Bencana Kemarau Krisis Bekalan Air Kritikal, JPBD Isytihar Daerah Papar Dilanda Bencana Kemarau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?