• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia

Oleh
Nazihah AN
13 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia

TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Dimasyhurkan Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia

TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia. Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dimasyhurkan sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia berkuat kuasa pada 13 Mac 2024.

Ketua Pengakap Kebangsaan Malaysia, Mejar Jeneral (B) Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, pemasyhuran itu dibuat mengikut Perkara 11(2) Dasar, Organisasi dan Peraturan (POR) Persatuan Pengakap Malaysia.

TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia
TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Jadi Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia

Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi pernah menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kuching dari tahun 1974 hingga 1992

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bagi menyerahkan dokumen pemasyhuran dan Anugerah Pengakap Tertinggi Negara Bintang Semangat Padi Emas di Astana Negeri Sarawak pada Rabu.

Dato’ Mohd. Zin menambah, Persekutuan Pengakap Malaysia merancang untuk mengadakan Jambori Peringkat Dunia yang memerlukan tanah seluas 100 hingga 200 ekar.

“Di Semenanjung, kawasan agak sukar untuk kita dapatkan, tetapi di Sarawak ini merupakan negeri yang besar. Mungkin kerajaan Sarawak tertarik untuk melaksanakan jambori ini di peringkat dunia,” ujarnya.

Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi pernah menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kuching dari tahun 1974 hingga 1992 dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak dari tahun 1993 hingga 2009, sekali gus melonjakkan pergerakan pengakap di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Beliau juga memegang lencana kayu dalam pengakap di negara ini.

Ketahui latar belakang Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi, TYT Sarawak ke-8:

Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Terima Anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penari Cilik Ngajat, Kenali Dion Das Louis Duta Budaya Sarawak Ke Amerika Syarikat Penari Cilik Ngajat, Kenali Dion Das Louis Duta Budaya Sarawak Ke Amerika Syarikat
Next Article Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini Negara Punyai Tempoh Puasa Terpanjang Dan Terpendek

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?