• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong

Oleh
Ismail NA
26 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Parah kalau macam ni.

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong. Orang kata, biar jodoh lambat datang, jangan makanan yang lambat sampai. Begitulah perkara yang terjadi di sebuah hotel terkemuka di Miri, semalam.

Isi Isi Penting
  • Parah kalau macam ni.
  • Beratur bayar dulu baru boleh duduk
  • Simpati dengan nasib pelanggan yang mahu berbuka puasa
  • “Baik tak payah buat buffet” – Netizen
  • Tahun lalu, sebuah pusat konvensyen di Kuching juga hangat diperkatakan dengan servis yang tidak menepati jangkaan. Baca selanjutnya di sini:

Seorang pelanggan wanita meluahkan perasaan kecewanya terhadap servis mengecewakan daripada sebuah restoran milik sebuah hotel di Bandaraya Miri.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Griselda Adelia Jolly memuat naik pengalaman buruk tersebut di laman Facebook nya.

Jelas Griselda, beliau yang datang bersama ahli keluarganya terpaksa berlapar selama hampir 2 jam kerana makanan yang tidak ditambah semula ke dalam dulang hidangan buffet.

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly

Beratur bayar dulu baru boleh duduk

Mereka tiba di restoran hotel berkenaan seawal jam 6.30 petang dan terpaksa beratur untuk membuat pembayaran meskipun mereka telah membuat tempahan awal. Mereka juga dikehendaki untuk menyelesaikan pembayaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan duduk.

Namun, apa yang mereka dapat hanyalah sajian dengan pilihan makanan yang sangat sedikit. Malah, tiada langsung makanan yang boleh dijamu kerana dulang tidak berisi.

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly

Dedah Griselda lagi, mereka terpaksa mengintai ruang makanan setiap 5 hingga 10 minit untuk melihat sama ada dulang tersebut sudah berisi atau belum. Namun, hampa.

Apabila ditanya kepada para pelayan tentang makanan, mereka hanya menyahut bahawa makanan masih disediakan oleh pekerja dapur. Pengurus pula didakwa berlalu begitu sahaja dan sering mengatakan bahawa makanan sedang datang.

Tidak puas hati dengan situasi itu, pelanggan malang ini cuba untuk berdiri pula di depan pintu dapur untuk beberapa minit namun tiada tanda-tanda makanan akan dihantar keluar ke ruang sajian. Wanita ini menunggu sehingga jam 7.50 malam dan hidangan pencuci mulut juga tidak kunjung tiba.

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly

Luahnya di laman Facebook, beliau sangat tidak berpuas hati dengan layanan ‘bagai melepaskan batuk di tangga’ oleh hotel tersebut, apatah lagi hidangan buffet tersebut dibayar dengan harga penuh.

Simpati dengan nasib pelanggan yang mahu berbuka puasa

Malah, Griselda turut bersimpati dengan nasib mereka yang berpuasa dan terpaksa menghadapi servis yang tidak menepati standard tersebut. Menunggu terlalu lama menyebabkan selera makan hilang, katanya sambil mengakhiri hantaran Facebook tersebut.

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly

Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran Griselda telah mendapat lebih 400 perkongsian dan lebih 300 komen.

“Baik tak payah buat buffet” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, netizen turut mengecam sikap pengurus restoran hotel yang endah tak endah dengan permintaan pelanggan. Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang berhasrat untuk menikmati hidangan buffet di sana mahu membatalkan niat untuk menjamu selera di hotel berkenaan.

Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly
Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly
Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly
Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly
Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong
Sumber foto: FB Griselda Adelia Jolly

Janganlah sampai macam ini. Kasihan dekat pelanggan yang sanggup bayar dan beratur untuk merasai makanan eksklusif seperti yang ditawarkan di dalam iklan.

Tahun lalu, sebuah pusat konvensyen di Kuching juga hangat diperkatakan dengan servis yang tidak menepati jangkaan. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh
Next Article Hati-Hati! Jenayah Pecah Rumah Dijangka Meningkat Aidilfitri Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?