• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Susulan Servis Kontroversi, BCCK Mohon Maaf Dan Sedia Beri Refund Atau Penjadualan Semula

Oleh
Ismail NA
14 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Permohonan maaf tersebut disiarkan di Facebook rasmi mereka.

Susulan Servis Kontroversi, BCCK Mohon Maaf Dan Sedia Beri Refund Atau Penjadualan Semula. Susulan kontroversi servis pakej berbuka puasa yang tular semalam, pusat konvensyen yang menganjurkan jamuan berbuka tersebut iaitu Borneo Convention Centre Kuching telah mengeluarkan satu permohonan maaf rasmi atas perkara yang berlaku tersebut.

Isi Isi Penting
  • Permohonan maaf tersebut disiarkan di Facebook rasmi mereka.
  • Pelanggan boleh dapatkan pulangan semula atau penjadualan semula jamuan berbuka
  • Pihaknya juga berjanji untuk memberi perkhidmatan dan servis yang terbaik bermula pada jamuan hari ini.
  • Untuk cerita penuh, baca artikel ini :

Melalui satu hantaran kenyataan teks bergambar, pihaknya amat kesal dengan situasi yang terjadi semalam. Kecelaruan dan servis yang tidak memuaskan semalam dikatakan berpunca daripada pertukaran besar yang melibatkan kaedah hidangan makanan terutamanya, bagi memastikan jamuan berbuka puasa tahun ini dapat dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Susulan Servis Kontroversi, BCCK Mohon Maaf Dan Sedia Beri Refund Atau Penjadualan Semula
Susulan Servis Kontroversi, BCCK Mohon Maaf Dan Sedia Beri Refund Atau Penjadualan Semula

Pelanggan boleh dapatkan pulangan semula atau penjadualan semula jamuan berbuka

Pihak BCCK turut memohon maaf kepada pelanggang yang mengalami kesulitan semalam dan bersedia untuk menawarkan pulangan semula (refund) atau penjadualan semula jamuan berbuka puasa dengan menghubungi mereka.

Bahkan, pihak pusat konvensyen tersebut juga turut mengambil maklum akan maklum balas dan komen yang diterima bagi membolehkan mereka memperbaiki servis dan memberi layanan yang terbaik untuk pelanggan mereka berdasarkan standard dan legasi yang telah dibina selama ini.

Pihaknya juga berjanji untuk memberi perkhidmatan dan servis yang terbaik bermula pada jamuan hari ini.

BCCK turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai dan berhasrat untuk menjamu pelanggannya kembali di BCCK. Sekiranya orang ramai mempunyai pertanyaan dan kemusykilan, anda boleh menghubungi pihak BCCK di alamat emel [email protected]. Pihaknya juga mengatakan akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu yang diutarakan bersama orang ramai.

Semalam, pusat konvensyen ini tular kerana servisnya yang lambat sehingga pelanggan terpaksa berlapar selama lebih 2 jam dari waktu berbuka puasa. Situasi ini telah mengundang kecaman dan komen bengang dari netizen sehingga ada yang memboikot pakej jamuan berbuka pusat konvensyen ini.

Untuk cerita penuh, baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Saya Bekerja Keras Untuk Negara Ini Dan Bertanding Di 7 Paralimpik Tapi Inilah Balasan Saya," Ini Kisah Mariappan Perumal “Saya Bekerja Keras Di 7 Paralimpik Untuk Negara Tapi Ini Balasan Saya,” Ini Kisah Mariappan Perumal
Next Article TERKINI: Sekolah Di Sibu Tutup 14 Hari, Sarawak Catat 489 Kes Positif COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?