• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hampir Dirogol Pemandu E-Hailing Di Kuching, Wanita Berjaya Selamatkan Diri

Oleh
Husna Hazmi
8 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh dikenakan hukuman penjara 6 bulan.

Hampir Dirogol Pemandu E-Hailing Di Kuching, Wanita Berjaya Selamatkan Diri. Nyaris kena rogol oleh pemandu e-hailing ketika ingin ke Terminal Bas Kuching, seorang wanita telah berjaya melepaskan diri daripada detik cemas berkenaan.

Memetik laporan daripada The Borneo Post, ketika kejadian, mangsa menggunakan perkhidmatan e-hailing Eric Maang untuk ke Terminal Bas Kuching selepas tiba daripada penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Hampir Dirogol Pemandu E-Hailing Di Kuching, Wanita Berjaya Selamatkan Diri

Membawa mangsa ke rumahnya

Bagaimanapun Eric tidak menghantar mangsa ke destinasi ditetapkan sebaliknya membawa mangsa ke rumahnya di Kampung Sarig. Setelah sampai di rumah tertuduh, Eric memaksa mangsa masuk ke dalam rumahnya dan mengarahnya untuk menunggu di ruang tamu.

Eric kemudiannya keluar dari bilik dengan tidak berpakaian dan hanya bertuala bertindak menarik tangan mangsa dan memaksanya masuk ke dalam bilik tidurnya sambil memegang pisau serta menanggalkan tualanya.

Mangsa yang berjaya melepaskan tangannya terus melarikan diri ke rumah berhampiran untuk mendapatkan bantuan. Laporan polis kemudiannya segera dibuat dan Eric telah ditahan pada 4 November baru-baru ini.

Hampir Dirogol Pemandu E-Hailing Di Kuching, Wanita Berjaya Selamatkan Diri

Hukuman penjara 6 bulan

Mahkamah Majistret Kuching hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan kepada tertuduh setelah mengaku bersalah menggunakan jenayah kekerasan terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan niat ingin mencabul kehormatan mangsa.

Eric Maang Dring berusia 50 tahun dari Kampung Sarig Batu 27, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali yang turut memerintahkan hukumannya berjalan pada tarikh tertuduh ditangkap.

Menurut pertuduhan, Eric dipercayai melakukan kesalahan itu di Kampung Sarig Batu 27 pada 2 November tahun ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika disabit kesalahan.

Kes didakwa dan disiasat oleh Insp Mohd Adzmei Ahmad dan ASP Sylvarius Gopog manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Nyaris Kena Langgar, Myvi Keluar Simpang Sesuka Hati Ini Bikin Netizen Panas
[VIDEO] Lelaki Ini Dilihat Angkat Buaya Balik Rumah, Buat Netizen Kagum Dan ‘Confuse’
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Beri 'Hint' Lebuh Raya Limbang-Lawas Setaraf Dengan Lebuh Raya Di Cape Town Abang Jo Beri ‘Hint’ Lebuh Raya Limbang-Lawas Setaraf Dengan Lebuh Raya Di Cape Town
Next Article Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?