I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula

Oleh Kedung BK 8 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula

Dan begitulah kisah bagaimana owner homestay ini jadi penternak itik yang berjaya 😂

Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula. Mungkin terdapat banyak cerita menarik tentang tetamu yang boleh dikongsi oleh ramai pemilik homestay, tetapi bagi pemilik homestay ini pula, pengalaman khusus ini adalah sesuatu yang unik dan rare!

Nampaknya, selepas tetamu check out dari homestaynya, mereka meninggalkan sepapan telur – yang kemudiannya menetas menjadi anak itik hidup!

Tetamu Tinggalkan Sepapan Telur, Pengendali Homestay Dijemput Anak-Anak Itik Pula

Tertinggal sepapan telur, meminta pemilik untuk meninggalkannya di sana

Video TikTok yang tular baru-baru ini dikongsi oleh pengguna @zakaria_nazir, menunjukkan tetamunya meninggalkan sepapan telur di homestay selepas mereka check out. Sepapan telur itu masih disimpan dalam plastik ketika ia ditemui.

Dalam video yang ditonton sekitar 858k kali pada masa penulisan tersebut, papan telur itu kemudian menetas beberapa ekor anak itik. Beberapa anak itik juga dilihat bermain-main di dalam besen berwarna kuning!

Sumber: TikTok @zakaria_nazir

Telur sepatutnya digunakan sebagai umpan memancing

Menurut laporan, pengusaha tersebut, Zakaria, berkata telur itik itu sepatutnya digunakan sebagai umpan memancing di mana ia akan dicampur bersama dedak.

Difahamkan, tetamu yang tertinggal telur-telur itik itu pernah check in di homestay beliau untuk sebuah pertandingan memancing. Ketika dihubungi Zakaria mengenai barang tertinggal di homestaynya (sebatang rod memancing dan telur itik), tetamu terbabit meminta beliau untuk simpankan dulu kerana mereka akan datang lagi ke homestay berkenaan untuk pertandingan.

Sepapan telur yang ditinggal oleh tetamu homestay Zakaria. Sumber: TikTok @zakaria_nazir

Oleh kerana beliau diberitahu bahawa telur itu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, Zakaria hanya meninggalkan telur di atas meja.

Beberapa hari kemudian, Zakaria kembali ke homestay itu untuk membuat pemeriksaan dan menyedari bahawa homestay itu mempunyai bau busuk seperti bangkai.

Hanya apabila beliau mendekati meja dengan papan telur itik itu, beliau menyedari bahawa bau busuk itu datang dari situ – dan yang mengejutkannya, ‘telur-telur’ itu kini telah menetas menjadi anak itik hidup!

Anda boleh lihat video penuhnya di bawah:

@zakaria_nazir

Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe

♬ SWIPE – ALYPH

Memilih untuk membela semua anak itik itu

Dalam laporan tersebut juga, beliau berkata keseluruhannya ada 13 ekor itik yang hidup dan tujuh ekor sudah mati – yang menyebabkan bau busuk di homestay beliau.

Beliau telah mengambil keputusan untuk membela kesemua anak itik tersebut kerana pernah menternak ayam sejak kecil, dan pengalaman ini telah memberikan keseronokkan kepadanya.

Sumber: mStar

Tambahnya lagi, jika pemilik asal telur itik itu mahu diganti rugi, Zakaria sanggup gantikan dengan yang baharu. Buat masa ini pula, beliau merancang untuk membawa anak-anak itik itu balik kampung dan dibela di sana.

Comel pula tengok anak-anak itik tu! Semoga anak-anak itik ni membesar dengan sihat!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Dirogol Pemandu E-Hailing Di Kuching, Wanita Berjaya Selamatkan Diri
Next Article ‘Kita Boleh Tipu’, Sepanduk Sengaja Ditambah Dihadapan Balai Polis Sibu Ini Buat Netizen Terhibur

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?