• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching

Oleh
ILB - AI
3 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang remaja perempuan cedera akibat tersangkut dengan benang kaca di Samariang, Kuching

Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching. Bayangkan, tengah anda menunggang atau membonceng motorsikal anda, anda berhadapan dengan detik cemas dalam hidup anda apabila anda mungkin akan kehilangan salah satu pancaindera anda.

Begitulah detik cemas yang dihadapi oleh seorang remaja perempuan yang sedang menunggang motorsikal bersama ibunya di Samariang, Kuching apabila pelajar ini telah cedera akibat tersangkut dengan benang kaca atau benang layang-layang yang bersalut kaca yang tidak diketahui arah benang tersebut muncul.

Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching
Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching. Sumber gambar: Siang Fatt Sdn Bhd

Syahida cedera di bahagian hidung, kelopak mata dan 5 jari kiri dan mungkin hampir hilang penglihatan

Mangsa, Nurul Syahida Bujang merupakan seorang pelajar di Kolej Vokasional ini dalam perjalanan balik ke Taman Malihah bersama ibunya selepas menziarahi kubur arwah ayahnya. Dalam perjalanan pulang tersebut, Syahida mulai menyedari ada satu benang yang berkaca tersangkut padanya.

Walaupun mereka berdua sempat berhenti seketika di tepi jalan selepas tersangkut dengan benang kaca tersebut, Syahida mula merasa perit dan pedih di bahagian muka dan jarinya dimana Syahida mendapati dirinya cedera di bahagian hidung, kelopak mata dan kelima-lima jari kirinya.

Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching
Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching. Sumber gambar: BORNEO POST online

Yang lebih menakutkan untuk dibayang apabila Syahida merasakan dirinya mungkin sahaja hampir kehilangan deria penglihatannya kerana kecederaan yang dialaminya di bahagian kelopak mata.

Syahida telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan mendapatkan rawatan selanjutnya dengan menerima beberapa jahitan di bahagian muka dan tangannya. Manakala ibu Syahida tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Syahida, rasanya ini bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku dan ini mungkin tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak tertentu. Syahida berharap untuk pengguna motorsikal yang lain supaya berhati-hati jika melalui jalan di kawasan Samariang tersebut.

Yalah kan, rasanya ini bukan kali pertama ada mangsa cedera kerana benang kaca ini. Ada juga mangsa yang pernah terkena seperti:

Makin Berleluasa, Lelaki Bermotosikal Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching
SUMBER :Siang Fatt Sdn BhdBORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bawa Bayi 1 Tahun Bersama, Pasangan Ini Sambut Tahun Baru Di Puncak Gunung Kinabalu
Next Article 3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan 3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?