• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan

Oleh
Aina Musa
3 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan

Pening lah kalau macam ni hari-hari

3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan. Kerajaan perlu menyiapkan projek pembinaan lampu isyarat sepanjang laluan Kuching-Samarahan secepat mungkin. Penduduk yang tinggal di sekitar Kota Samarahan kini menderita akibat kesesakan lalu lintas yang perlu ditempuh setiap hari.

3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan
3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan. Kredit: Suara Sarawak

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Kerja Raya termasuk kontraktor yang terlibat dalam projek berkenaan bagi membincangkan cara mempercepatkan projek serta mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa pelaksanaannya.

Perlu libatkan polis trafik untuk atasi masalah jalan sesak di Samarahan

“Memandangkan Menteri Kerja Raya adalah anak Sarawak (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi), maka lebih banyak penekanan dan perhatian serius harus diberikan oleh menteri ke atas projek ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi satu kenyataan selepas bersama-sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii meninjau tapak pembinaan projek lampu isyarat Jalan Kuching-Samarahan, sebentar tadi.

3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan

Beliau menegaskan perlu ada kajian yang betul dan lorong lencongan yang mencukupi disediakan sebelum Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi arahan untuk menutup jalan.

Selain itu, katanya lebih ramai polis trafik harus dikerahkan untuk membantu menguruskan trafik pada waktu puncak.

“Kami menyeru Menteri Kerja Raya untuk memberi keutamaan kepada kemajuan projek dan pengurusan trafik semasa pelaksanaannya,” katanya.

Perjalanan 3 jam ibarat dari Kuching ke Sri Aman

Menurut Chong, pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna jalan raya bahawa untuk perjalanan singkat antara Uni Garden ke Hui Sing sahaja, pemandu mengambil masa selama tiga jam iaitu menyamai masa perjalanan dari Kuching ke Sri Aman.

Dalam pada itu, Chong berkata projek lampu isyarat berkenaan bermula pada Oktober 2020 tetapi tergendala disebabkan oleh masalah kontraktor dan kini setelah kontraktor baharu dilantik, JKR mengumumkan bahawa projek itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga November 2023 untuk disiapkan.

3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan

Justeru, beliau menyifatkan projek untuk menukar bulatan menjadi persimpangan lampu isyarat mengambil masa lebih daripada tiga tahun untuk disiapkan pastinya tidak boleh diterima.

Katanya ia kerana puluhan ribu pengguna jalan raya mengalami kesulitan yang teruk akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas setiap hari.

Baca lagi artikel terkini di sini:

2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia
Bawa Bayi 1 Tahun Bersama, Pasangan Ini Sambut Tahun Baru Di Puncak Gunung Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Hilang Penglihatan, Remaja Cedera Tersangkut Benang Kaca Di Kuching
Next Article JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?