• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hanya 2 Kali Setahun, Nantikan Fenomena Istiwa A’dzam 28 Mei Ini Untuk Anda Atur Kembali Arah Kiblat

Oleh
Nazihah AN
25 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahukah anda dengan fenomena ini?

Hanya 2 Kali Setahun, Nantikan Fenomena Istiwa A’dzam 28 Mei Ini Untuk Anda Atur Kembali Arah Kiblat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa menghadap ke kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunah dalam keadaan bermusafir.

Isi Isi Penting
  • Tahukah anda dengan fenomena ini?
  • Berlaku pada 28 Mei ini
  • Cara semak arah kiblat
  • Lagi menarik di sini:

Dalam fenomena Istiwa A’dzam ini, ianya membolehkan kita untuk mengetahui arah kiblat yang tepat untuk kita. Bagi anda yang belum tahu mengenai fenomena ini, artikel ini akan memberi pengetahuan yang lebih berkenaan Istiwa A’dzam ini.

Istiwa A’dzam adalah satu fenomena dimana kedudukan matahari berada tepat di atas Ka’abah. Jabatan Mufti Perak telah kongsi makluman beliau berkenaan fenomena Istiwa A’dzam dalam bentuk poster yang ringkas di akaun Facebook mereka semalam.

Berlaku pada 28 Mei ini

Kaedah tradisional ini sebenarnya telah digunakan sejak dahulu lagi tanpa sebarang alat astronomi atau kaedah-kaedah lain nya. Ikut waktu Malaysia, fenomena ini hanya terjadi dua kali dalam setahun, iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan 16 Julai, jam 5.28 petang.

Ketika matahari Istiwa di atas Ka’abah, segala bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat. Kepada anda semua yang juga ingin mengetahui dan memeriksa kedudukan arah kiblat, jangan terlepas pada hari tersebut.

Hanya 2 Kali Setahun, Nantikan Fenomena Istiwa A'dzam 28 Mei Ini Untuk Anda Atur Kembali Arah Kiblat
Hanya 2 Kali Setahun, Nantikan Fenomena Istiwa A’dzam 28 Mei Ini Untuk Anda Atur Kembali Arah Kiblat

Cara semak arah kiblat

Ini adalah panduan untuk memeriksa arah kiblat yang boleh digunakan:

  1. Pastikan kayu yang digunakan adalah tegak 90 darjah di atas permukaan yang rata.
  2. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.
  3. Pastikan matahari mudah melihat dna tidak terlindung di kawasan tersebut.
  4. Dari hujung bayang ke kayu itulah arah Kiblatnya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sebenarnya anda boleh menandakan arah bayangan 2 hari sebelum atau selepas tarikh tersebut. Malah dalam masa 10 minit sebelum dan selepas waktu yang ditentukan, anda masih dapat menandakan arah kiblat. Ini kerana bayang-bayang yang dilihat masih ke arah kiblat.

Bagi anda yang masih keliru cara menyemak arah kiblat dari rumah, anda boelh melihat video ringkas ini di Youtube.

Lagi menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri
Next Article Kerajaan Sarawak Kekal Berfungsi, Keputusan Bubar DUN Tertakluk Kepada YDP Agong Dan TYT

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?