• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

Oleh
ILB - AI
7 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Biar berkaki ayam, yang penting johan kebangsaan.

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa. Pasti bagi kita memakai kasut semasa bersukan adalah hal yang penting demi keselamatan tapi berbeza dengan adik Shakira Onie apabila beliau lebih memilih untuk berkaki ayam untuk merentas desa. Unik bukan?

Isi Isi Penting
  • Biar berkaki ayam, yang penting johan kebangsaan.
  • Ada kasut tapi selesa berkaki ayam.
  • Teknik turun temurun mungkin?
  • Rakyat prihatin.

Walaupun kedengaran seperti lelucon, berlari merentas desa dengan berkaki ayam, namun, keunikkan ini telah menjadikan adik Shakira sebagai johan kebangsaan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM Terengganu dalam kategori perempuan 12 tahun kebawah. Hal ini telah dikongsikan oleh jurulatih beliau sendiri di laman sosial Facebook Afdal Shyarmeezan.

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa
Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa. Sumber gambar: FB Afdal Shyarmeezan

Ada kasut tapi selesa berkaki ayam.

Menurut jurulatih adik Shakira, cikgu Afdal Shyarmeezan, Shakira memiliki kasut untuk bersukan tetapi beliau lebih selesa untuk berkaki ayam. Bahkan, penyertaannya diterima sehingga menjadi johan kebangsaan. Jadi, isu tidak menjadi satu permasalahan. Dengan adanya semangat kesukanan yang tinggi serta pesertanya memilih mengikut keselesaan mereka masing-masing maka kita sebagai rakyat Malaysia khususnya orang Sarawak perlu memberi sokongan yang padu.

Teknik turun temurun mungkin?

Bahkan, menurut cikgu Afdal juga, ini bukan kali pertama peserta dari Sarawak dinobatkan sebagai johan kebangsaan untuk acara merentas desa. Pada tahun 2019, ayah beliau, Encik Sapawi Adenan yang merupakan seorang guru juga di Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong, Meradong telah berjaya membawa anak didiknya ke peringkat kebangsaan dan turut meraih gelaran johan kebangsaan dalam acara yang sama.

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa
Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa. Sumber gambar: FB Sapawi Adenan

Tahun 2022 pula, tuah untuk anaknya sebagai jurulatih Shakira Onie yang mewakili Sekolah Ulu Entabai, Sarikei untuk mendapat gelaran johan kebangsaan. Mungkin ini yang dinamakan teknik melatih turun-temurun.

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa
Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa. Sumber gambar: FB Afdal Shyarmeezan

Rakyat prihatin.

Tidak kurang juga ada pihak yang bersikap prihatin untuk mendermakan kasut sukan kepada adik Shakira Onie tetapi telah ditolak oleh pihak jurulatih beliau secara baik kerana seperti yang dimaklumkan, bukan ketiadaan kasut menjadi punca beliau merentas desa berkaki ayam. Beliau hanya inginkan keselesaan semasa menyempurnakan acaranya.

Justeru, jurulatih beliau menasihatkan supaya kita sama-sama menyokong kesukanan yang melibatkan anak Sarawak dengan cara memberi bantuan kepada yang lebih memerlukan untuk mereka mencapai kejayaan dalam bidang sukan yang mereka ceburi.

Semoga dengan kejayaan ini, banyak lagi anak-anak Sarawak berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Bukan sekadar dalam bidang sukan sahaja malah semua bidang yang berdampak positif untuk menaikkan nama Sarawak.

Berikut artikel tentang kehebatan anak Sarawak dalam bidang sukan:

SUMBER :FB Afdal ShyarmeezanFB Sapawi Adenan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran
Next Article Seminggu Lagi Mahu Bertunang, Gadis Ini Minta Putus Gara-Gara Ibu Mahu Menantu Kerja Kerajaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?