I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran

Oleh Nur Afifah 7 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Pendapat ini disuarakan oleh seorang pengguna lelaki di Facebook.

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran. Minuman ringan berkarbonat Coca-Cola bukanlah sesuatu yang asing untuk kita semua. Bahkan, boleh dikatakan bahawa minuman ini dikenali di serata pelusuk dunia kerana ia sering menjadi minuman pilihan di rangkaian restoran makanan segera seperti McDonald dan Burger King.

Di laman Facebook, seorang pengguna lelaki yang bernama Muhamad Taufik Henry menyuarakan pendapat peribadinya tentang perbezaan rasa Coca-Cola ini. Katanya, selepas diberitahu oleh jirannya, barulah dia tahu bahawa rasa Coca-Cola perisa Klasik dan Rasa Asli sebenarnya tidak sama!

Hantaran yang dimuat naik oleh Taufik dalam bahasa Melayu Sarawak ini telah mendapat sebanyak 670 perkongsian dan 85 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Rupanya Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran
Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran. Sumber : FB Muhamad Taufik Henry

Coca-Cola Klasik, coke rasa zaman ‘mensia‘

Menurut Taufik, jika anda inginkan rasa Coca-Cola atau Coke pada zaman ‘mensia’ (zaman dahulu kala), anda boleh memilih Coke jenis Klasik. Rasa Klasik dikatakan sebagai rasa paling tulen Coca-Cola dan mempunyai rasa yang sama sejak tahun 1886. Walau bagaimanapun, Coke jenis ini mempunyai kandungan gula yang 2 kali lebih tinggi daripada perisa Rasa Asli. Coke Rasa Asli pula dilabelkan oleh pihak Coca-Cola sebagai Coke kurang kalori. Agaknya apa yang dimaksudkan oleh Taufik ini adalah Coke Klasik lebih ‘kick’ daripada Rasa Klasik?

Agaknya lah.

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Rupanya Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran
Perbandingan kandungan nutrisi antara Coke Klasik dan Coke Asli. Kredit : FB Muhamad Taufik Henry

Rasa manis Coke tanpa kalori bukan datang dari gula

Berbeza pula dengan mereka yang mengamalkan diet, anda boleh memilih Coke tanpa kalori. Rasa manis dalam Coke tanpa kalori bukanlah disebabkan oleh gula tetapi sebaliknya ia menggantikan gula dengan aspartame, sejenis pemanis tiruan yang biasa digunakan dalam industri minuman ringan.

Menurut laman sesawang kesihatan Healthline, gula digantikan dengan aspartame kerana jumlah aspartame yang sedikit sudah boleh menyamai rasa manis gula biasa. Walau bagaimanapun, minuman dengan kandungan aspartame ini tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit phenylketonuria dan schizophrenia. Malah, ada kajian yang menghubungkan pengambilan aspartame dengan kesan sampingan jangka masa panjang seperti kanser, tumor otak, penyakit kardiovaskular, strok dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, sebelum kewujudan Coke tanpa kalori, terdapat satu lagi jenis Coke untuk orang yang sedang diet iaitu Coke Diet. Menurut Taufik, Coke Diet tidak memiliki apa-apa rasa. Jika diamati di pasaran Malaysia, Coke Diet yang dimaksudkan oleh Taufik ini berkemungkinan adalah Coke Zero Sugar.

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Rupanya Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran

Menurut laman sesawang Coca Cola Malaysia, Coke Zero Sugar ini adalah jenis perisa yang hampir menyamai Coke Klasik tetapi tanpa gula. Ia menggunakan pemanis Sucralose dan Acesulfame-K. Untuk setiap 100 ml hidangan, hanya terdapat 19 mg natrium manakala unsur-unsur lain seperti kalori, tenaga, protein, jumlah lemak, karbohidrat, dan gula adalah 0!

Coke Stevia, coke yang hilang dari pasaran

Bagi penggemar Coke Float, anda mungkin menyukai Coke perisa Vanilla. Walau bagaimanapun, Taufik memberitahu bahawa rasa Coke dengan Vanilla kurang enak jika dibandingkan dengan perisa tulen. Kewujudan Coke perisa ini berkemungkinan adalah inspirasi daripada Coke Float, minuman Coke yang dicampur dengan aiskrim vanila. Lain orang, lain citarasa kan.

Satu lagi jenis Coke yang pernah wujud dan dikatakan ‘hilang’ di pasaran oleh Taufik ialah Coke Stevia. Tin Coke ini didapati mempunyai jalur hijau pada sekeliling tin merah ikonik nya. Coke jenis ini sebenarnya masih ada namun jarang dilihat dalam pasaran barangkali kerana kos pembuatan yang mahal kerana harga stevia itu sendiri. Malah, Coke Stevia ini juga sebenarnya tidak sepenuhnya menggunakan pemanis stevia, sebaliknya ia tetap menggunakan gula biasa dengan campuran stevia.

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Rupanya Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran

Taufik menambah, terdapat satu jenis minuman Coke yang bukan dari jenama Cola-Cola tetapi mempunyai rasa yang steady iaitu King Cola. Walaupun hanya berharga RM 1 untuk 1 tin, minuman King Cola ini adalah alternatif yang terbaik jika belanja anda tidak cukup untuk membeli Coke jenama Coca-Cola.

Rasa Klasik Dan Asli Tak Sama? Ini Rupanya Beza 6 Jenis Coca-Cola Yang Sering Anda Jumpa Di Pasaran

Adakah anda penggemar minuman Coke? Adakah anda bersetuju dengan pendapat Taufik ini? Kongsikan juga di ruangan komen.

Ronaldo lagi ‘besar’ dari Coca-Cola? Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Next Article Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?