• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini

Oleh
ILB - AI
4 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Wanita di Kuching ini hilang sejumlah wang hanya kerana merespon sebuah iklan di Facebook

Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini. Sekarang ini ada pelbagai cara untuk mendapatkan duit. Begitupun dengan kehilangannya. Ada pelbagai cara secara sedar mahupun tidak, kita akan kehilangan duit yang ada dalam simpanan kita.

Seperti yang terjadi kepada salah seorang wanita di Kuching apabila dirinya telah kehilangan sejumlah wang dari akaun banknya hanya kerana dirinya bertindak merespon sebuah iklan di media sosial.

Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini
Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini. Sumber gambar: HASRULHHASSAN.COM

Respon iklan dan tempah khidmat bersih rumah dan mendapati akaunnya ada masalah dan disekat

Wanita berbangsa Cina ini pada mulanya merespon sebuah iklan yang menyediakan perkhidmatan untuk membersihkan rumah. Wanita ini berminat untuk merespon dan berunding dengan individu yang menguruskan akaun Facebook iklan tersebut kerana memikirkan perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba.

Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini
Gambar sekadar hiasan

Namun, disaat wanita ingin melakukan pembayaran untuk tempahan perkhidmatan tersebut, wanita ini mendapati bahawa akaunnya mengalami permasalahan dan keesokan harinya pula wanita ini mendapati bahawa akaunnya telah disekat.

Ada 8 pengeluaran wang dan melenyapkan RM44 ribu wang wanita ini dan had pengeluaran akaunnya turut diubah dari RM10 ribu tanpa sebarang notifikasi

Lalu, wanita ini berurusan dengan pihak bank dan mendapati bahawa terdapat 8 pengeluaran wang daripada akaun miliknya dan wanita ini yakin bahawa dirinya tidak mengenali nama penerima pemindahan wang daripada akaunnya. Oleh kerana itu, RM44 ribu wang wanita ini telah lenyap begitu sahaja.

Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini
Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini. Sumber gambar: sinarplus

Kelapan-lapan pengeluaran yang dilakukan oleh oleh individu yang tidak dikenali ini berlaku hanya dalam masa lebih kurang 1 jam dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM44,074.49. Lagi mencengangkan apabila had pengeluaran yang ditetapkan oleh wanita ini hanya sebanyak RM10 ribu sehari.

Jadi, menjadi satu persoalan dimana wanita ini tidak menerima apa-apa notifikasi tentang perubahan had pengeluaran akaunnya yang telah diubah melebihi RM10,000.

5 transaksi yang berjumlah RM4,000 setiap satu transaksi telah dikenal pasti dilakukan pada jam 7.37 malam, 7.42 malam, 8.02 malam, 8.03 malam dan 8.04 malam. Seterusnya, RM9,296.56 telah dikeluarkan pula pada jam 8.23 malam.

Untuk pengeluaran RM5,577.93 dan RM9,200 pula, kedua-dua transaksi pengeluaran ini dilakukan pada jam 8.26 malam dan 8.29 malam. Hanya berjarak beberapa minit sahaja masa yang diambil oleh individu disebalik pengeluaran ini untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar tersebut.

Wanita ini telah dibantu oleh pengerusi Democratic Action Party (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen untuk menuntut keadilan bagi kes yang dialami oleh wanita ini dan beliau juga berharap supaya pihak bank dapat lebih peka dengan isu ini kerana kes sedemikian rasanya sudah acap kali berlaku.

Lepas ni, orang ramai kena juga lebih berhati-hati dengan iklan yang diragui kesahihannya yang bertebaran di media sosial. Tidak semua tetapi pasti ada yang menggunakan taktik iklan ini sebagai modus untuk ‘scam’ duit orang ramai.

Antara kes kehilangan duit berjumlah besar yang pernah terjadi:

Wanita Sibu Terpaksa Berputih Mata, Rugi RM153,928 Akibat Diperdaya Scammer
‘Scam’ Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah ‘Hilang’ Lebih RM 21 Ribu

SUMBER :HASRULHASSAN.COMSinarplus
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Merupakan Pantang Larang, Inilah Sebabnya Orang Tempatan Sarawak Tidak Memakan Daging Buaya Merupakan Pantang Larang, Inilah Sebabnya Orang Tempatan Sarawak Tidak Memakan Daging Buaya
Next Article Padah Rogol Kanak-kanak Bawah Umur, Warga Emas 61 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Di KK Padah Rogol Kanak-kanak Bawah Umur, Warga Emas 61 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Di KK

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?