• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Scam’ Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah ‘Hilang’ Lebih RM 21 Ribu

Oleh
Aina Musa
28 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu

Menyamar sebagai penjual ‘IPTV’

‘Scam’ Jual ‘IPTV’, Wanita Dari Kuching Ini Dedah ‘Hilang’ Lebih RM 21 Ribu. Sejak dua menjak ini, semakin ramai individu tampil mendedahkan mereka kehilangan sejumlah wang yang banyak hasil kegiatan penjenayah ‘scammer’.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita yang berasal dari Kuching mendakwa beliau telah menjadi mangsa penipuan scammer ‘IPTV’.

‘IPTV’ atau Internet Protocol Television, atau IPTV membolehkan pengguna mengakses saluran secara global.

'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu
”Scam’ Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah ‘Hilang’ Lebih RM 21 Ribu. Kredit Foto: FB Azian Yant

Berdasarkan perkongsian tersebut, beliau mendedahkan beliau telah ditipu oleh sebuah ‘page’ di Facebook sehingga menyebabkan simpanan dalam akaun bank beliau hanya berbaki RM 20. Sedih dan tragis.

Modus operandi scammer ‘IPTV’

Berdasarkan perkongsian itu, beliau turut berkongsi perbualan mereka di aplikasi Whatsapp.

Difahamkan pada awalnya, ‘scammer’ itu menawarkan pelan ‘siaran’ dengan bayaran serendah RM 10 sahaja selama 6 bulan.

Siaran itu pula membenarkan pengguna mengakses saluran di seluruh dunia dan semasa perbualan mereka itu berlangsung, hari tesebut merupakan hari terakhir tempoh promosi itu diadakan.

'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu
Kredit Foto: FB Azian Yant

Setelah diberi penerangan oleh ‘scammer’, akhirnya wanita itu terpedaya dengan ‘tawaran hebat’ yang ditawarkan oleh scammer itu.

'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu
Kredit Foto: FB Azian Yant

Setelah bersetuju dengan tawaran itu, scammer itu memulakan ‘taktik’ beliau.

'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu
Kredit Foto: FB Azian Yant

Beliau meminta wanita itu untuk memuat turun satu aplikasi di telefon milik mangsa. Seterusnya, beliau diminta untuk mendaftar akaun beliau dan membuat pembayaran menerusi aplikasi tersebut bagi mengaktifkan akaun tersebut.

Beliau akhirnya menyedari beliau telah ditipu apabila aplikasi yang dimuat turun itu gagal berfungsi.

'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu
Kredit Foto: FB Azian Yant

Dalam pada yang sama, semua simpanan beliau lesap sekelip mata selepas beliau memuat turun aplikasi itu dan paling menyedihkan baki dalam akaun beliau hanya berbaki RM 20.

Difahamkan menerusi komen di posting tersebut, beliau mendedahkan beliau kehilangan lebih RM 21 ribu ringgit dalam akaun peribadi milik beliau tidak termasuk akaun simpanan beliau yang lain.

'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu
Kredit Foto: FB Azian Yant

Wanita ini sebenarnya terpedaya dengan scam aplikasi

Scam aplikasi merupakan cara yang dilakukan penjenayah Internet untuk mencuri duit mangsa melalui aplikasi palsu.

Mereka mencari mangsa di media sosial dengan mengiklankan tawaran perkhidmatan yang tidak masuk akal.

Apabila mangsa berhubung dengan mereka, mangsa akan diperdaya memasang aplikasi palsu di telefon. Seterusnya, apabila mangsa cuba melakukan bayaran perkhidmatan menerusi aplikasi itu, semua duit simpanan dalam bank lesap, tanpa menerima ‘SMS’ mengenai nombor ‘TAC’.

Itulah yang berlaku kepada wanita ini.

Wanita ini dedah jadi mangsa penipuan ‘taktik’ yang sama, baca di sini mengenai langkah yang boleh diambil bagi mengelak kejadian yang sama berlaku:

Modus Operandi Scam Terbaharu, Hati-Hati Dengan Orang Menyamar Sebagai Seller Aplikasi IPTV

SUMBER :FB Azian Yant
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022
Next Article Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?