• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga

Oleh
Nazihah AN
24 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga

Dah masuk musim Gawai ni, kena pantau harga pasaran

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga. Para peniaga disaran agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang kawalan sesuka hati menjelang musim perayaan Hari Gawai ini.

Isi Isi Penting
  • Dah masuk musim Gawai ni, kena pantau harga pasaran
  • Skim Harga Maksimum Perayaan Hari Gawai ini dijalankan selama 7 hari
  • Peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah akan didenda
  • Pengguna boleh menyalurkan aduan berhubung ketidakpatuhan undang-undang kepada kementerian
  • Syarikat penerbangan MASwings akan menambah satu penerbangan setiap hari melibatkan perjalanan Kuching-Miri dan Kuching-Limbang sempena Hari Gawai. Baca artikel di bawah:

Dipetik dari Utusan Borneo, telah dilaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Miri telah menyenaraikan beberapa barangan pasaran dalam Skim Kawalan Harga.

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga
Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga

Skim Harga Maksimum Perayaan Hari Gawai ini dijalankan selama 7 hari

Menurut Ketua KPDNKK Cawangan Miri Joe Azmi Jamil berkata, Skim Harga Maksimum Perayaan Hari Gawai ini dilancarkan dan bakal dijalankan selama 7 hari. Mula berkuatkuasa pada 29 Mei sehingga 4 Jun 2022.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata Miri mempunyai sejumlah lapan pelan harga maksimum tambahan harian iaitu ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China) dan kobis import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing).

Selain itu, senarai itu termasuk cili kering, babi hidup (hanya dikawal di peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak), jelas beliau.

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga
Sumber gambar: Utusan Borneo

Peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah akan didenda

Menurut beliau, adalah menjadi kewajipan peniaga untuk tidak menjual barangan melebihi kawalan, meletakkan tanda harga merah jambu padanya, memastikan pasaran dibekalkan dengan baik dan mencukupi serta menggunakan timbangan dan sukatan yang telah ditentusahkan.

Peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah untuk mengaut keuntungan berlebihan akan dihukum di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga
Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga

Pengguna boleh menyalurkan aduan berhubung ketidakpatuhan undang-undang kepada kementerian

Peniaga yang didakwa melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun sementara syarikat pula akan dikenakan denda sebanyak RM500,000 atau kompaun RM25,000. Manakala peniaga perseorangan yang tidak meletakkan harga akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan atau dikompaun RM25,000.

Pengguna boleh menyalurkan aduan berhubung ketidakpatuhan undang-undang kepada kementerian melalui portal [email protected] atau pusat panggilan menerusi 1800 886 800.

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga
Gambar hanya sekadar hiasan

Syarikat penerbangan MASwings akan menambah satu penerbangan setiap hari melibatkan perjalanan Kuching-Miri dan Kuching-Limbang sempena Hari Gawai. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak
Next Article Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?