• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
24 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

MASwings juga turut menawarkan promosi “Tawaran Harvest Fiesta” sempena sambutan Gawai ini.

Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak. Dilaporkan, syarikat penerbangan MASwings akan menambah satu penerbangan setiap hari melibatkan perjalanan Kuching-Miri dan Kuching-Limbang berkuat kuasa 27 Mei hingga 7 Jun depan.

Isi Isi Penting
  • MASwings juga turut menawarkan promosi “Tawaran Harvest Fiesta” sempena sambutan Gawai ini.
  • Memenuhi permintaan tinggi pelanggan sempena Hari Gawai
  • Laluan Kuching-Limbang ditambah kekerapan
  • Tambang mampu milik yang terbaik buat pelanggan
Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak
Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak

Memenuhi permintaan tinggi pelanggan sempena Hari Gawai

Menurut Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin Abu Bakar dalam kenyataannya, langkah awal tersebut diambil bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan sempena Hari Gawai tidak lama lagi dan juga cuti persekolahan penggal pertama tahun ini.

Peralihan ke fasa endemik dan pembukaan sempadan negara juga telah mempengaruhi jumlah permintaan penerbangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Perkhidmatan tambahan ini akan dikendalikan untuk pesawat MASwings ATR72 500 dan kami berbesar hati untuk menawarkan “Tawaran Harvest Fiesta” bermula dari kadar serendah RM139 untuk tiket semua-dalam-sehala termasuk cukai dan daftar masuk bagasi 20 kilogram (kg).

“MASwings amat berterima kasih kepada sokongan berterusan yang diterima daripada pelanggannya, penduduk tempatan serta pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak

Laluan Kuching-Limbang ditambah kekerapan

Laluan Kuching-Limbang ditambah kekerapan kepada tujuh kali penerbangan seminggu daripada hanya 3 kali seminggu sepanjang tempoh 27 Mei hingga 7 Jun 2022.

Bagi penerbangan Miri-Limbang pula, dengan kekerapan empat kali sehari atau 28 kali seminggu akan menerima tambahan 12 penerbangan untuk tempoh sama.

Tambah beliau lagi, semua tambang yang dikenakan adalah termasuk 20 kg bagasi dan minuman ringan, sebagai tanda penghargaan mereka dalam menawarkan perkhidmatan kepada penumpang.

Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak

Tambang mampu milik yang terbaik buat pelanggan

Sebagai syarikat penerbangan untuk Sabah dan Sarawak, MASwings katanya sentiasa mencari peluang untuk menyediakan tambang mampu milik yang terbaik buat pelanggan.

Untuk maklumat penerbangan tambahan, anda boleh buat tempahan melalui laman web MASwings atau Malaysia Airlines serta pejabat tiket dan ejen pelancongan yang dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk membantu penumpang dalam sebarang permintaan perjalanan segera.

Selamat menyambut hari Gawai bersama keluarga tersayang!

Lagi di sini berita terkini buat anda:

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching
Next Article Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?