Dia juga turut diiktiraf sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kelas Pertama.
Hasil Gigih Anak Kelahiran Sarawak Terbalas, Terima Anugerah Pelajaran DiRaja UKM. Berkat dedikasi dan doa daripada ibu bapa gadis cemerlang ini, Ayuna Yussoff yang merupakan anak kelima daripada pasangan Yussoff Osman dan Sariah Saibon, selama empat tahun belajar berhasil apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja pada Majlis Konvokesyen UKM ke-48.

Ayuna yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Datu Baru, Sibu
Ayuna yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Datu Baru, Sibu turut diiktiraf sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (UKM) Kelas Pertama.
Pelajar program Sarjana Muda Undang-Undang yang berasal dari Sibu, Sarawak ini akan memulakan harinya dengan mengabdikan diri pada Allah swt seawal jam 2 pagi sebelum memulakan aktiviti hariannya sebagai mahasiswa UKM.
“Sebelum ini, kakak saya sangat berharap saya menerima Anugerah Di Raja ini sejak saya di Asasi Undang-Undang dan kejayaan ini juga berkat doa ibu bapa, keluarga, pensyarah dan sahabat.
“Betulkan niat setiap hari, sentiasa serah diri pada Allah S.W.T dan menolong ibu bapa, abang dan kakak, itulah kunci kepada segalanya. Seterusnya kalau ibu bapa memohon pertolongan, terus bantu selagi boleh,” katanya.

Pesanan yang telah diberi kepadanya oleh kakak, abang dan juga ibu bapanya
Di samping itu, Ayuna juga turut berkongsi di akaun Facebooknya mengenai pesanan yang telah diberi kepadanya oleh kakak, abang dan juga ibu bapanya:
1.Tuntutlah ilmu sedalam dalamnya, sesungguhnya ilmu itu seperti laut, semakin dalam kita menyelam, semakin jauh untuk kita jumpa dasarnya.
2. Sentiasa serah diri kepada Allah, walau secubit garam. “Kita otw nak masak ka molah kek waima utk makan or utk jual, kita mintak jak ngn Allah, ya Allah eh moga cukup ya Allah aku serah ngn Kau ya Allah”
3. Betulkan niat everyday, Lillahhitaala. Sentiasa serah diri pada Allah, apa yang ada pada kita, akal fikiran kita semua milik Allah. Sentiasa ingat Lahawlawalaquwwattaillahbillah… dalam maksudnya.
4. Bilamana kau kejar akhirat, kau kejar Allah makan dunia yg akan mengejarmu.
5. Selawat la dalam setiap apa yang dilakukan.
6. Sentiasa tolong mak bapak and abang, kakak is they key to everything. Tak kisah la time tu ada exam ke, test besar mana ke. Once MAK suruh something then thats it.
7. Ingat, kejayaan sebenar masa akhirat kelak.
8. Jangan pernah letak figure (duit) utk pendorong kita melakukan sesuatu, semuanya mesti lillahhitaala.
9. Apa pun yg kita dapat tundok balit, apa yg kita maok polah, istikarah. Serah sebulat bulatnya dgn Allah. Dia Ya Barik.
10. Sentiasa ingat, kita dari tanah. Semuanya sementara. And the list goes on.
Wallahhualam. I wont be here without doa dari semua, berkat dari semua. Im a sinner, saya tidak sempurna yng baik semuanya datang dari Allah yang buruk dari saya sendiri. Moga kejayaan ini dan yg mendatang membawa seribu segala keberkatan kebaikan dan kebahagiaan utk semua inshaAllah

Jaga keberkatan hubungan dengan Ibu Bapa
Rahsia kejayaan Ayuna juga adalah dengan menjaga keberkatan hubungannya dengan Ibu Bapa dan juga para pensyarah. Di dalam kelas, beliau memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dipelajari.
Setiap apa yang ingin dilakukannya, gadis ini akan mulakannya dengan niat supaya setiap perkara yang dilakuakan adalah ikhlas. Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah mengucapkan tahniah kepada Ayuna dan semoga berjaya dalam kerjaya yang di ceburi.