• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Runner Wanita 2 Anak Di Kapit Dijangkiti COVID-19 Bersama Suaminya

Oleh
Husna Hazmi
3 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Dia bukan sahaja seorang isteri dan ibu yang cekal, tetapi juga wirawati kepada penduduk di Kapit.

Runner Wanita 2 Anak Di Kapit Dijangkiti COVID-19 Bersama Suaminya. Dipetik daripada Astro Awani, berikutan peningkatan kes Covid-19 yang melanda Sarawak kali ini, salah seorang mangsa yang terpaksa menanggung kesan virus tersebut adalah Jenny Tawan yang merupakan runner menjadi penghubung kepada masyarakat di Kapit dan Song, Sarawak bagi mendapatkan keperluan asas.

Isi Isi Penting
  • Dia bukan sahaja seorang isteri dan ibu yang cekal, tetapi juga wirawati kepada penduduk di Kapit.
  • Wirawati kepada penduduk di Kapit
  • Jenny mula menjadi penghuni wad rawatan COVID-19
  • Berlaku selepas dia dan suami berkunjung ke rumah panjang
Runner Wanita 2 Anak Di Kapit Dijangkiti COVID-19 Bersama Suaminya
Runner Wanita 2 Anak Di Kapit Dijangkiti COVID-19 Bersama Suaminya

Wirawati kepada penduduk di Kapit

Jenny Tawan bukan sahaja seorang isteri dan ibu yang cekal, tetapi juga wirawati kepada penduduk di Kapit. Dia mengambil keputusan untuk menjadi runner sepenuh masa mengambil dan menghantar pesanan dengan motosikalnya.

Walaupun panas terik dek mentari memancar dibumi, hujan, mahupun banjir diredah ibu kepada dua anak ini bagi memastikan keperluan masyarakat yang pada ketika itu tidak boleh keluar, ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan pergerakan sampai ke tangan mereka.

Namun, hampir setahun menjadi runner, wanita hebat itu kini tidak dapat meneruskan perjuangan murni itu, apabila dia ‘tumbang’ akibat virus COVID-19 sejak 10 hari lalu.

Menurut wartawan yang telah berhubung dengan wanita cekal ini, Jenny berkata;

Saya di Hospital Kapit ini kerana positif COVID-19. Saya demam, sesak nafas dan kekurangan oksigen dalam badan hingga pengsan.

Runner Wanita 2 Anak Di Kapit Dijangkiti COVID-19 Bersama Suaminya

Jenny mula menjadi penghuni wad rawatan COVID-19

Jenny mula menjadi penghuni wad rawatan COVID-19 sejak 23 April lalu. Suaminya turut disahkan positif dan kini ditempatkan di Dewan Suarah Kapit yang merupakan Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah (PKRC).

Menceritakan lanjut, anak Jenny yang berusia 16 tahun kini memikul amanah menjaga adiknya yang baru berusia empat tahun yang disahkan negatif dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Abang dialah yang mengasuh adiknya. Dia masih kecil masih perlukan saya dan ayah dia. Tapi saya yakin mereka lebih kuat daripada saya,” tambahnya lagi.

Runner Wanita 2 Anak Di Kapit Dijangkiti COVID-19 Bersama Suaminya

Berlaku selepas dia dan suami berkunjung ke rumah panjang

Ditanya dari mana dipercayai dijangkiti itu bermula, Jenny tidak menolak kemungkinan ianya berlaku selepas dia dan suami berkunjung ke rumah panjang mentua di Kampung Sayur Jalan Bukit Goram, Kapit.

Katanya, selepas kunjungan itu, pihak Pejabat Kesihatan Kapit telah mengumumkan terdapat lebih 50 individu di rumah panjang tersebut telah dijangkiti virus berkenaan dan sedang menerima rawatan susulan di PKRC dan hospital.

Dari situlah bermulanya mimpi ngeri Jenny sekeluarga. Dia dan suami penyumbang kepada 585 kes positif di Bahagian itu dalam tempoh 14 hari lalu. Apa yang diharap, doa semua pihak untuk memastikan dia dan suami kembali sembuh demi keluarga serta dua anak tersayang.

“Ini perjuangan baharu bagi saya, perjuangan untuk kekal kuat, bersemangat dan menentang habis-habisan virus ini,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hasil Gigih Anak Kelahiran Sarawak Terbalas, Terima Anugerah Pelajaran DiRaja UKM
Next Article Guru Pedalaman Sarawak Ini Terharu Apabila Ibu Bapa Murid Sanggup Ke Pekan Hantar Pencalonan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?