• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei

Oleh
ILB - AI
24 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hasil lukisan potret yang menarik.

Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei. Downtown Kampung Seberang yang beroperasi selama 3 hari (Khamis, Jumaat dan Sabtu) setiap minggu mempunyai daya tarikan yang baru.

Isi Isi Penting
  • Hasil lukisan potret yang menarik.
  • Mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni.
  • Beroperasi di Downtown dengan menerima tempahan.
  • Potret klasik dan digital.

Mempamerkan hasil lukisan potret di tapak jualan di Downtown Kampung Seberang telah menarik perhatian pengunjung kerana kehalusan dan ketelitian hasil itu.

Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei
Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei Sumber gambar: FB Firdaus Sharil

Mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni.

Firdaus Sharil, pemuda berusia 25 tahun yang merupakan anak kelahiran Limbang dan kini menetap dan bekerja di salah sebuah hotel di Sarikei. Beliau yang meminati bidang seni lukis sejak dari kecil dan mengakui bahawa beliau mewarisi bakat ini dari ibundanya.

Memutuskan untuk melanjutkan pelajarannya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dalam bidang Seni Halus di UiTM Kota Samarahan untuk memperkembangkan lagi minat beliau dalam bidang seni. Semasa pengajian, beliau juga pernah merangkul anugerah “Young Potential Artist”.

Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei
Sumber gambar: FB Firdaus Sharil

Beroperasi di Downtown dengan menerima tempahan.

Sebelum membuka booth di Downtown Kampung Seberang, beliau pernah berbuat sedemikian sewaktu di Kuching juga. Memandangkan kini beliau menetap dan bekerja di Sarikei dan atas dorongan kawan-kawannya, akhirnya beliau mahu untuk memulakan perkhidmatan melukis potret di Downtown.

Untuk waktu operasi, beliau hanya beroperasi selamanya 2 jam, dari 7 malam hingga 9 malam. Ini adalah masa dimana beliau menerima tempahan pelanggan untuk menghasilkan potret mengikut permintaan mereka.

Hasil Tangan Potret Wajah Jadi Tarikan Baru Di Downtown Kampung Seberang Sarikei
Sumber gambar: FB Downtown Taman Selera Kampung Baru Seberang

Potret klasik dan digital.

Firdaus juga menyediakan 2 teknik untuk menghasilkan potretnya iaitu teknik secara klasik dann secara digital. Lebih unik dan menariknya potret klasik yang dihasilkan oleh beliau hanya menggunakan pensil dan arang. Menurut beliau, untuk menghasilkan 1 potret klasik beliau hanya memerlukan masa selama 2 jam 30 minit.

Untuk pelanggan yang meminati hasil tangan Firdaus dan ingin menempah perkhidmatan beliau, boleh sahaja datang ke Downtown Kampung Seberang Sarikei.

Baca di sini artikel menarik berkait dengan seni di Sarawak:

SUMBER :Firdaus SharilDowntown Taman Selera Kampung Baru Seberang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Media China Lapor 38 Unit Tren ART Bakal Dibeli Untuk Sarawak Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China
Next Article Elak Kejadian Tak Diingini, Doktor Ini Kongsi Panduan Pasang 'Tracker' Sebelum Anda Berjalan Jauh Elak Kejadian Tak Diingini, Doktor Ini Kongsi Panduan Pasang ‘Tracker’ Sebelum Anda Berjalan Jauh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?