• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasrat Tangkap Ketam Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Dibaham Buaya Di Sabah

Oleh
Aina Musa
21 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hasrat Tangkap Ketam Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Dibaham Buaya Di Sabah

Niat cari rezeki untuk keluarga berubah tragedi

Hasrat Tangkap Ketam Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Dibaham Buaya Di Sabah. Hajat seorang lelaki menangkap ketam berakhir tragedi apabila dia maut dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Tinagian, Tanjung Labian.

Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun itu ditemukan pada jam 7.20 pagi dengan kesan gigitan dan calar di tepi pantai berhampiran pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kampung Tanjung Batu, lapor Sinar Harian.

Hasrat Tangkap Ketam Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Dibaham Buaya Di Sabah. Kredit: Astro Awani

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa adalah pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit dibaham buaya ketika menangkap ketam bersama tiga rakannya di kawasan laut berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama tiga rakannya sedang mencari ketam di lokasi berkenaan.

“Ketiga-tiga rakannya melihat mangsa dibaham buaya dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mangsa hilang dari kawasan berkenaan.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di tepi pantai tidak lama selepas itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rohan Shah berkata, terdapat kesan calar di bahagian dada dan belakang leher serta punggung mangsa.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.

Baca lagi artikel menarik:

Warga Emas Hilang Di Tawau, Rupanya Dibaham Buaya Raksasa Seberat 800 Kilogram
Buaya Di Pasir Panjang Kuching, Buat Orang Ramai Takut Pergi ‘Healing’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menjelajah Destinasi Wajib di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak Menjelajah Destinasi Wajib Di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Next Article ‘Segera Dapatkan Rawatan Selepas Digigit’, Satu Lagi Kematian Akibat Rabies Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?