• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Sarawak Yang Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksinasi Awal- Dr. Sim

Oleh
Nazihah AN
23 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Sim Kui Hian

Pelajar Sarawak Yang Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksinasi Awal- Dr. Sim. Dilaporkan bahawa, pelajar Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara pada bulan September 2021 boleh membuat permohonan untuk vaksinasi awal. Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Dato Sri Dr Sim Kui Hian mengatakan ini untuk menjawab segala persoalan dan permintaan dari pada ibu bapa pelajar.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Sim Kui Hian
  • Pengambilan vaksin dalam dua bulan.
  • Hanya vaksin Pfizer dan Sinovac sahaja yang dibekalkan Sarawak untuk 2 bulan ini.
  • Baca lagi di sini:

“Prosedur akan diberitahu berkenaan cara permohonan vaksinasi awal yang melibatkan surat sokongan dari tempat belajar” kata beliau dalam posting beliau di Facebook malam tadi.

Pengambilan vaksin dalam dua bulan.

“Oleh kerana pelajar perlu selesaikan dua suntikan dos, kita mungkin perlu memulakan dos pertama pada dua minggu pertama dalam bulan Julai (sejumlah besar Pfizer datang pada bulan Julai) untuk menyelesaikan dos kedua pada 2 minggu pertama dalam bulan Ogos.”

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga menggatakan bagi pelajar yang mengambil suntikan vaksin di luar negara yang kembali ke Sarawak untuk mengambil suntikan kedua disarankan untuk mengambil vaksin Pfizer dan Sinovac dahulu untuk dos pertama di luar negara, kerana vaksin yang tersedia di Sarawak hanyalah vaksin Pfizer dan Sinovac sahaja.

Pelajar Sarawak Yang Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksinasi Awal- Dr. Sim
Pelajar Sarawak Yang Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksinasi Awal- Dr. Sim

Hanya vaksin Pfizer dan Sinovac sahaja yang dibekalkan Sarawak untuk 2 bulan ini.

Pada Jumaat lepas (18 Jun), Sarawak menerima sebanyak 350,000 dos vaksin Sinovac di bawah Program Imunisasi Nasional COVID-19. Dua hari sebelumnya, Sarawak juga menerima 44,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19.

Sarawak telah menetapkan untuk mempercepatkan vaksinasi untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Sarawak telah menerima vaksin menjelang Ogos ini.

Bulan lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berjanji bahawa Sarawak akan menerima sebanyak 380,000 dos vaksin pada setiap minggu dari bulan ini hingga Ogos.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hati-Hati Dengan ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom
Next Article Ini Adalah Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Membandingkan Vaksin COVID-19 Ini Adalah Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Membandingkan Vaksin COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?