• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua ‘YES’ Daripada 4 Juri America’s Got Talent 2021

Oleh
Ismail NA
16 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah!

Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua ‘YES’ Daripada 4 Juri America’s Got Talent 2021. Bulan lalu, seorang pemain piano klasik yang berasal dari Sarawak, Jolynn J Chin telah berjaya melayakkan diri untuk memasuki pertandingan mencari bakat America’s Got Talent 2021. Setelah menunggu giliran untuk mempersembahkan kebolehannya di pentas antarabangsa itu, Jolynn memaklumkan satu perkhabaran gembira kepada peminatnya terutamanya rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Jolynn J Chin, beliau memaklumkan bahawa beliau mara ke peringkat seterusnya apabila mendapat 4 ‘lampu hijau’ daripada keempat-empat juri America’s Got Talent 2021! Hebat weh boleh buat semua juri suka!

Not 1, not 2, not 3 but 4 YES-ES ✅✅✅✅🙏🏻🙏🏻 Thank you so much for the opportunity!! This is crazy and I’m so happy you…

Posted by Jolynn J Chin on Thursday, July 15, 2021

“Bukan 1, bukan 2, bukan 3, tapi 4 YES! Terima kasih atas peluang ini. Ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan dan saya berasa sungguh gembira kerana kalian menyukai muzik saya,”

Jolynn J Chin

Dalam hantaran tersebut juga, Jolynn sempat mengucapkan terima kasih buat keempat-empat juri serta hos rancangan tersebut. Beliau juga turut menzahirkan rasa terima kasih dan tidak akan lupa kepada Scott Moretti dari Major Studio Casting kerana mempercayai beliau dan membawa beliau sehingga ke tahap tersebut.

Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua 'YES' Daripada 4 Juri America's Got Talent 2021
Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua ‘YES’ Daripada 4 Juri America’s Got Talent 2021 Sumber : FB Jolynn J Chin
Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua 'YES' Daripada 4 Juri America's Got Talent 2021
Sumber : FB Jolynn J Chin

Berjaya tambat hati Simon Cowell dan rakan-rakan

Juri yang tertawan dengan persembahan Jolynn adalah seperti penerbit dan personaliti televisyen Simon Cowell, model dan pengacara Heidi Klum, pelawak Howie Mandel dan pelakon terkenal Hollywood, Sofia Vergara. Untuk musim ke-16 ini, AGT 2021 dikendalikan oleh hos, Terry Crews.

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Jolynn juga, beliau turut memuat naik foto ketika beliau sedang mempersembahkan persembahan piano beliau serta penampilannya ketika menerima komen daripada para juri. Jolynn juga dilihat mengenakan pakaian berwarna kuning yang sering kali dilihat sebagai identitinya ketika membuat persembahan piano.

Peringkat yang dinamakan sebagai Judge’s Audition ini dimuat naik di laman Youtube America’s Got Talent. Walaupun belum dapat dipastikan bila kah persembahan ‘4 YES’ dari Jolynn akan ditayangkan di Youtube dan Facebook rasmi AGT, namun mendengar perkhabaran ini sudah menjadi satu kebanggaan buat semua penyokong dan peminat Jolynn di Sarawak dan seluruh Malaysia.

Jika anda belum pernah menonton kehebatan gadis Sarawak ini, anda boleh menonton videonya di Youtube beliau, Jolynn J Chin Piano.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat gadis ini. Sama-sama kita doakan semoga beliau terus mara sehingga ke peringkat akhir dan berjaya memenangi America’s Got Talent 2021.

Baca juga artikel berkaitan Jolynn yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suntikan Vaksin Sinovac Akan Dihentikan Setelah Bekalan Berakhir Suntikan Vaksin Sinovac Akan Dihentikan Setelah Bekalan Berakhir
Next Article Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?