• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
16 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Anda dah boleh semak keputusan kemasukan IPTA anda sekarang!

Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini. Dilaporkan bahawa keputusan untuk permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan hari ini (Jumaat).

Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini
Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini

Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini (16 Julai 2021) di pautan https://jpt.ums.edu.my/.

Kementerian Pengajian Tinggi berkata, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu ini hingga 26 Julai di laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA pada hari yang sama calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti dinyatakan,” katanya.

Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini

Pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil

KPT juga menjelaskan bahawa hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai esok sehingga 26 Julai.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula boleh diajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan manakala dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua ‘YES’ Daripada 4 Juri America’s Got Talent 2021
Next Article Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?