• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ekopelancongan Sabah, Mengubah Persepsi Negara Barat Terhadap Industri Sawit

Oleh
Farisha
30 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Bagaimana ekopelancongan Sabah ubah minda negara Barat terhadap industri sawit?

Ekopelancongan Sabah, Mengubah Persepsi Negara Barat Terhadap Industri Sawit. Istilah ekopelancongan mungkin kedengaran rumit pada mulanya. Lebih senang difahami jika disebut sebagai kawasan peranginan, destinasi healing, atau tempat pelepasan ketegangan.

Sejarah penggunaan istilah ini bermula pada awal tahun 1990-an apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula mengaitkan kawasan perlindungan hutan dan hidupan liar dengan sektor pelancongan.

Ekopelancongan Sabah, Mengubah Persepsi Negara Barat Terhadap Industri Sawit
Sumber foto: Sabahan.my. Ekopelancongan Sabah, Mengubah Persepsi Negara Barat Terhadap Industri Sawit

Di Malaysia, fokus terhadap ekopelancongan mula mendapat perhatian pada Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7) dan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK ke-8), dengan penubuhan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025) pada tahun 2015.

Menariknya, walaupun istilah ini kurang difahami oleh penduduk tempatan, ia lebih popular dalam kalangan pelancong luar yang lebih biasa dengan konsep pelancongan mesra alam. Sabah merupakan negeri di Malaysia yang mempunyai potensi besar dalam mempromosikan ekopelancongan berdasarkan banyak lokasi menarik yang boleh diteroka di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Walaupun Sabah merupakan pengeluar terbesar minyak sawit mentah negara, tanggapan negatif dari negara Barat tentang kemusnahan alam sekitar tidak sepenuhnya tepat. Negeri ini masih komited dalam usaha pemuliharaan alam dan hidupan liar.

Ekopelancongan Sabah mempunyai ciri unik tersendiri

Menurut Daniel Pamin dari MPOGCF, ekopelancongan di Sabah mempunyai ciri unik tersendiri. Contohnya, kehadiran gajah di kawasan ladang sawit menggambarkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemuliharaan alam semula jadi. Situasi di mana gajah dapat bergerak bebas tanpa halangan elektrik menunjukkan konsep kehidupan bersama antara manusia dan hidupan liar.

Cabaran utama adalah mengimbangi kepentingan ekonomi – khususnya industri minyak sawit – dengan keperluan pemuliharaan alam sekitar. Pendekatan Sabah membuktikan bahawa kedua-dua objektif ini boleh dicapai serentak.

Sumber: MPOGCF

Antara tempat menarik pelancong

Hasilnya memang menggalakkan. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Sabah berjaya menarik 2.1 juta pelancong, termasuk 867,231 pelancong antarabangsa, menurut laporan media tempatan.

Lokasi seperti Sungai Kinabatangan menjadi tarikan utama, terutamanya untuk pelancong Eropah yang berminat melihat hidupan liar yang unik seperti burung enggang dan tenggiling.

Ekopelancongan bukan sekadar trend, tetapi satu pendekatan strategik untuk memperkenalkan keindahan alam semula jadi sambil menyokong ekonomi tempatan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai keindahan Negeri di Bawah Bayu:

Tempat Menarik Di Sandakan Yang Anda Perlu Tahu
Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi
SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024
Next Article Henry Golding Tak Segan Bawa Anaknya Minum Cendol Macam ‘Real Malaysian’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?