• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hentikan Isu Perkauman Demi Imej Malaysia Dan Pertumbuhan Pelancongan – Tiong

Oleh
Husna Hazmi
24 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiong menyeru semua pihak hentikan isu perkauman dan agama yang boleh jejaskan imej Malaysia

Hentikan Isu Perkauman Demi Imej Malaysia Dan Pertumbuhan Pelancongan – Tiong. Dilaporkan bahawa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menyeru semua pihak menghentikan isu berkaitan perkauman dan agama yang boleh menjejaskan hubungan masyarakat dan imej negara.

Menurut Ahli Parlimen Bintulu itu, sikap perkauman bukan sahaja merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, malah memberi persepsi negatif kepada pelancong asing yang datang melawat negara ini.

Hentikan Isu Perkauman Demi Imej Malaysia Dan Pertumbuhan Pelancongan – Tiong
Hentikan Isu Perkauman Demi Imej Malaysia Dan Pertumbuhan Pelancongan – Tiong. Sumber gambar: The Borneo Post

Isu ini mampu merosakkan imej negara

Beliau berkata pada hari ini, isu seperti ini perlu dihentikan segera kerana ia mampu merosakkan imej negara yang terkenal dengan kepelbagaian budaya, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Tiong turut menegaskan bahawa isu penguatkuasaan papan tanda dwibahasa telah mencetuskan reaksi emosi yang keterlaluan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

“Tindakan melampau seperti ini bukan sahaja menimbulkan persoalan di kalangan pelancong mengenai keterbukaan Malaysia, tetapi ada pelawat antarabangsa yang bertanya kepada saya, ‘Adakah Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem dalam beragama?'” ujarnya lagi.

Beliau bimbang keraguan seperti ini boleh mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia, sekaligus menjejaskan daya saing negara dalam sektor pelancongan global.

Hentikan Isu Perkauman Demi Imej Malaysia Dan Pertumbuhan Pelancongan – Tiong
Sumber gambar: Berita Harian

Tiong turut menekankan bahawa Malaysia akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, dengan beberapa mesyuarat penting dijadualkan berlangsung di negara ini pada tahun depan.

“Ini peluang penting untuk mempamerkan kepelbagaian budaya dan keterangkuman Malaysia di peringkat antarabangsa. Namun, jika isu perkauman dan agama berterusan, ia boleh merosakkan reputasi negara serta kepercayaan dan kerjasama antarabangsa,” ujarnya.

Beliau juga memberi amaran bahawa kontroversi seperti ini berpotensi menjejaskan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang bertujuan meningkatkan pelancongan negara.

Lagi artikel terkini di sini:

Sijil Peperiksaan Tahun 6 Dan Tingkatan 3 Sarawak Bakal Miliki Cop ‘Mahal’ Cambridge
Sarawak Berada Di Kedudukan Ke-13 Asia, Miliki Simpanan Emas Di Bau Bernilai RM24.3 Bilion
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Berada Di Kedudukan Ke-13 Asia, Miliki Simpanan Emas Di Bau Bernilai RM24.3 Bilion
Next Article 4 Hari Hilang, Warga Emas Berusia 75 Tahun Ditemui Selamat Di Sri Aman

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?