• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Heroin E-Sport Dari Sarawak Gegarkan Kejohanan Dota Dunia Di Riyadh

Oleh
Aina Musa
18 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
2 Heroin E-Sport Dari Sarawak Gegarkan Kejohanan Dota Dunia Di Riyadh

Syabas buat pasukan Grill Gaming dari Malaysia

2 Heroin E-Sport Dari Sarawak Gegarkan Kejohanan Dota Dunia Di Riyadh. Grills Gaming, sebuah pasukan yang terdiri daripada gadis-gadis Malaysia, telah meraih pingat emas baru-baru ini dalam Global Esports Games (GEG) selepas beraksi dalam Dota 2. Grills Gaming mewakili Malaysia tahun lalu dalam GEG tetapi gagal menewaskan Thailand.

Namun, pasukan Malaysia kembali dengan lebih kuat tahun ini dalam pertandingan yang berlangsung di Riyadh, ibu negara Arab Saudi. Grills Gaming terdiri daripada iStarx, Hishiko, Butterfly, velnaoh, Lynnie, dan Aurora.

2 Heroin E-Sport Dari Sarawak Gegarkan Kejohanan Dota Dunia Di Riyadh. Sumber: Facebook

Menurut Kelvin Pang selaku Pengurus Pasukan Kebangsaan untuk acara Global Esports Games ini, dua daripada ahli Grills Gaming merupakan anak jati Sarawak.

“Saya juga mahu menekankan bahawa dalam kategori wanita, 2 orang atlet e-sukan kebangsaan terdiri daripada Anak Sarawak, iaitu Adeline anak Foki dan Vanessa Hii yang boleh dengan penuh bangga menyebut diri mereka sebagai Juara Dunia Dota 2 Wanita.”

Grills Gaming memulakan pertandingan dengan cemerlang dan menamatkannya dengan gemilang.

Sebelum dinobatkan sebagai juara, pasukan Malaysia berdepan dengan pesaing utama mereka – Thailand dan berjaya mengatasi mereka dengan skor 2-0.

Ketika perlawanan separuh akhir, Grills Gaming telah berhadapan dengan pasukan Argentina dan berjaya menewaskan mereka dengan keputusan 2-0.

Grills Gaming melangkah ke pentas akhir untuk meraih Pingat Emas selepas menundukkan pasukan lain dari Peru.

Dalam posting Facebook mereka, Grills Gaming mengambil peluang untuk mengumumkan kemenangan mereka dan menghargai jurulatih yang telah memberi bimbingan yang hebat kepada mereka.

Bukan itu sahaja, heroin dari Grills Gaming juga berjaya menyelesaikan isu-isu dalaman berkat sesi terapi yang mereka jalani bersama.

Pasukan kebangsaan telah melepasi Kelayakan Serantau Dalam Talian beberapa bulan yang lalu dan mendapat tempat pertama di rantau Asia Timur untuk layak ke Riyadh.

Malaysia berjaya layak dalam 4 daripada 5 acara, iaitu Dota 2 Lelaki, Dota 2 Wanita, Street Fighter 6 dan E-football.

Pasukan kebangsaan berjaya menamatkan pertandingan dengan memenangi 1 emas dan 2 perak.

Baca lagi artikel menarik:

‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham
Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahanan Cabut Lari Di Kota Kinabalu, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis Tahanan Cabut Lari Di Kota Kinabalu, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis
Next Article Artis Kelahiran Sarawak Ini Hasilkan Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu Sehingga Dapat Perhatian United Nations

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?