• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport

Oleh
Ismail NA
4 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Syabas dan tahniah diucapkan.

Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport. Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi yang akan berlangsung pada Mei depan diperkuatkan lagi dengan kehadiran pasukan terbaharu yang menyertai skuad atlet negara, di mana salah seorang atlet sukan elektronik tersebut berasal dari Gedong, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Syabas dan tahniah diucapkan.
  • Ibnuqaldoon ‘team-up ‘ dengan pemain handalan dari Semenanjung Malaysia untuk muncul juara pemilihan
  • Wakil Malaysia akan jalani ‘bootcamp’ di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil
  • Orang Sarawak semuanya hebat-hebat belaka :

Ibnuqaldoon Bin Mohamad Sukor, seorang pemain sukan elektronik yang berasal dari Kampung Lalang Hilir, Gedong telah berjaya melayakkan diri ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada bulan Mei depan.

Kejayaan ini sekaligus menjadikan beliau sebagai anak Sarawak pertama yang mewakili Malaysia dalam acara sukan elektronik (e-sport) sejak ia mula diperkenalkan dalam Sukan SEA pada tahun 2019 di Filipina.

Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport
Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport. Ibnuqaldoon Bin Mohamad Sukor. Kredit foto : Sarawak Esports Association

Ibnuqaldoon ‘team-up ‘ dengan pemain handalan dari Semenanjung Malaysia untuk muncul juara pemilihan

Sumber terdekat ketika dihubungi I Love Borneo memberitahu bahawa pemain berusia 20 tahun ini tidak menyangka untuk sampai ke tahap ini, apatah lagi untuk mewakili negara ke Sukan SEA. Sudah tentu, perasaan gembira menyelubungi beliau dan juga seluruh pasukan yang dianggotainya iaitu Secret Xpert. Ibnuqaldoon juga merupakan pemain PUBG Underground dan Mobile Legend.

Beliau yang kini bekerja di Selangor, sebelum ini telah berjaya membantu pasukannya meraih tempat ketiga dalam tour Malaysia Garena Free Fire Challengers, di belakang pasukan Todak dan Freedom Rumble.

Ibnuqaldoon akan mewakili Malaysia dalam sukan e-sport permainan Freefire bersama pasukannya, Secret Xpert.

Untuk pengetahuan anda, pasukan Secret Xpert adalah pasukan yang dianggotai oleh Ibnuqaldoon bersama beberapa lagi pemain dari Semenanjung. Pasukan ini telah bersaing dengan 11 pasukan e-sport handalan dari seluruh Malaysia termasuk pasukan dikenali ramai, Todak dan Geek Fam.

Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport
Ibnuqaldoon (kanan atas) bersama ahli pasukan Secret Xpert sewaktu berentap dalam Free Fire Challengers Week #4.

Menerusi perlawanan pemilihan yang telah distrim secara langsung di laman Facebook Malaysia Esports Federation (MESF) semalam, Secret Xpert telah berjaya muncul sebagai juara menewaskan pasukan Sorry Roar.

Dua pasukan teratas (Secret Xpert dan Sorry Roar) secara automatik melayakkan diri ke Sukan SEA Hanoi 2022.

Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport

Wakil Malaysia akan jalani ‘bootcamp’ di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil

Malaysia dalam edisi kali ini mengesahkan penyertaan dalam beberapa permainan acara e-sport iaitu “Mobile Legends: Bang Bang” (MLBB), “Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile” (acara berpasukan), “FIFA Online 4”, “Arena of Valor” dan “Free Fire”. Daripada 10 pingat yang dipertandingkan dalam edisi kali ini, kontinjen negara menyasarkan untuk membawa pulang 4 pingat dan mencapai kedudukan dua teratas keseluruhan.

Antara pasukan e-sport Malaysia lain yang telah mengesahkan penyertaan dalam permainan masing-masing untuk edisi kali ini adalah Todak (permainan Mobile Legend Bang Bang), ADT ESPORTS (permainan Arena of Valor), dan SEM9 (permainan League of Legends/League of Legends: Wild Rift).

Kesemua pemain yang telah terpilih kelak akan menghadiri ‘boot camp’ di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil dan EBN Esports City di Quill City Mall serta menghantar pasukan ini bertanding di peringkat antarabangsa sebagai persiapan menjelang keberangkatan ke Hanoi, Vietnam.

Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan buat Ibnuqaldoon!

Orang Sarawak semuanya hebat-hebat belaka :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching
Next Article Tak Setuju Dengan Tindakan KKM, Ahli Parlimen Bintulu Ingatkan KJ Jangan Ugut Rakyat Ambil Dos Penggalak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?