• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF

Oleh
ILB - AI
31 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF

Koir Secara Maya, emas pulangannya.

Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF. Festival Koir Antarabangsa Bali (BICF) yang telah berlangsung dari 25 hingga 28 Julai telah menyaksikan nama Sarawak dijulang di peringkat antarabangsa apabila wakil negeri kita membawa pulang anugerah emas.

Isi Isi Penting
  • Koir Secara Maya, emas pulangannya.
  • “Rasa Sayang” dan ”Lenggang Kangkong” lagu rakyat dimedleykan.
  • Persembahan yang unik dan harmoni.
  • Banyak anugerah dan kemenangan dicapai.

Kumpulan koir atau Chamber Choirs dari Sekolah Menengah Swasta St. Joseph, Kuching (SJPS) telah merangkul anugerah emas dalam kategori Koir Sacara Maya di festival.

Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF
Sumber gambar: Youtube Benedict JC LO

“Rasa Sayang” dan ”Lenggang Kangkong” lagu rakyat dimedleykan.

Dengan medley lagu rakyat “Rasa Sayang” dan ”Lenggang Kangkong” yang digubah oleh konduktor berasal dari Singapura, Tan Ban Seng, kumpulan koir ini mampu meraih skor sebanyak 83.85. Dengan kutipan skor yang tinggi ini telah melayakkan mereka untuk menjuarai festival.

Persembahan yang unik dan harmoni.

Uniknya, pada persembahan koir secara maya ini, kumpulan koir SJPS telah menggunakan banyak elemen yang mewakili keindahan dan keharmonian masyarakat Malaysia khasnya Sarawak. Contohnya, para peserta koir mengenakan pakaian etnik masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia seperti ngepan, saree, cheongsam dan baju teluk belanga.

Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF
Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF. Sumber gambar: Youtube Benedict JC LO

Bahkan, harmoni nya persembahan mereka apabila mereka juga menari tarian etnik orang Iban dan Orang Ulu dalam mempersembahkan nyanyian koir mereka. Dengan berlatar belakangkan Muzium Sarawak dan Museum Garden di Kuching, ini sekaligus mempromosikan Kuching, Sarawak dimata dunia.

Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF
Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF. Sumber gambar: Youtube Benedict JC LO

Menurut konductor mereka, Benedict Lo pemilihan lokasi latar belakang adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej untuk melawati negeri Bumi Kenyalang. Bukan itu sahaja, lokasi Museum Garden menjadi pilhan kerana tempat tersebut memiliki sejarah yang penting dalam seni persembahan tempatan seperti lagenda Constanbulary Band telah bermain disini pada tahun 1960-an.

Untuk menyaksikan betapa unik dan harmoninya persembahan koir SJPS ini. boleh menonton di Youtube https://youtu.be/FUo5LIBUjdo

Banyak anugerah dan kemenangan dicapai.

Kumpulan koir SJPS bukan sahaja telah merangkul emas dalam BICF ini malah sebelumnya mereka juga telah menerima anugerah Gold B dalam prarekod (kategori remaja) dan menjadi pemenang tempat kedua dalam kategori Koir Belia Remaja pada Pertandingan Koir Kebangsaan dibawah anjuran Malaysian Choral Eisteddfod pada 16 dan 17 Julai yang lalu.

Bahkan pada 5 dan 6 Ogos ini, kumpulan koir SJPS akan membuat persembahan secara langsung bermula 7.30 malam di ”Rhythm and Colour 2022: The Family Celebrates!”. Persembahan ini juga boleh ditonton secara maya melalui pautan https://sites.google.com/stjosephkuching.edu.my/rhythmandcolour2022/home .

Dengan kejayaan kumpulan koir SJPS ini, berharap agar dapat menjadi pembakar semangat untuk anak muda lain dalam mencapai kejayaan dalam bidang mereka masing-masing.

Berikut adalah kejayaan anak Sarawak yang lain di peringkat antarabangsa:

SUMBER :Youtube Benedict JC Lo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gagal Patuh Peraturan Pelesenan, Laman Web Steam, Yahoo Dan Lain Ini Disekat Di Indonesia Gagal Patuh Peraturan Pelesenan, Laman Web Steam, Yahoo Dan Lain Ini Disekat Di Indonesia
Next Article 'Heroine' E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham ‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?