• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
29 April 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 7 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia

Makanan ini biasanya disajikan semasa majlis-majlis dan sambutan-sambutan besar seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Haji

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia. Lemang adalah makanan tradisional Malaysia yang terkenal di kalangan masyarakat. Lagi-lagi ia dijadikan hidangan utama pada waktu perayaan Aidilfitri.

Isi Isi Penting
  • 1. Lemang Tepung
  • 2. Lemang Pulut Hitam
  • 3. Lemang Durian
  • 4. Lemang Periuk Kera
  • 5. Lemang Jagung

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia
Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia

Lemang dianggap sebagai makanan yang sangat bermakna dalam budaya Malaysia

Terdapat banyak jenis lemang yang boleh dijumpai di seluruh Malaysia, mari kita lihat jenis lemang yang unik dan popular di Malaysia:

1. Lemang Tepung

Pernah dengar mengenai lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak.

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia

Ia seakan bengkang atau bingka tetapi cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain. Lemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama.

Lemang tepung ini boleh dibuat dalam pelbagai jenis iaitu lemang pandan dan juga lemang gula merah.

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia
kredit gambar: tableandapron

2. Lemang Pulut Hitam

Lemang pulut hitam dibuat dengan menggunakan beras pulut hitam yang dimasak bersama santan dan garam dalam buluh yang dipotong. Lemang pulut hitam biasanya mempunyai warna yang menarik dan rasa manis yang kaya. Lemang ini biasanya disajikan dengan rendang atau kuah kari.

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia

3. Lemang Durian

Lemang durian adalah lemang yang diisi dengan daging durian yang manis dan berbau wangi. Ia dibuat dengan menggunakan beras ketan yang dimasak bersama santan dan garam dalam buluh yang dipotong, dan kemudian diisi dengan isi durian sebelum dipanggang di atas api.

Selain itu juga, lemang durian mempunyai harga yang sedikit tinggi dari jenis-jenis lemang yang lain kerana isi durian itu sendiri yang mahal. Tapi kalau dapat makan lemang durian ni memang tak tinggal untuk orang lain punya lah!

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia
kredit gambar: mohdzarin.com

4. Lemang Periuk Kera

Lemang periuk kera adalah lemang yang dimasak dan dibungkus di dalam periuk kera. Ia dibuat dengan menggunakan beras ketan yang dimasak bersama santan dan garam dalam periuk kera yang kemudian dipanaskan di atas api.

Perbezaan Lemang Periuk Kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang sangat enak. Pada bahagian dalam lemang ini ianya ada rasa sedikit manis dan berlemak.

Berbeza dengan Lemang Buluh, Lemang Periuk Kera seolah-olah dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya.

Hidangan Tradisional Yang Popular, Ketahui Ada 5 Jenis Lemang Yang Unik Di Malaysia

5. Lemang Jagung

Lemang jagung juga lebih kurang sama macam lemang pulut hitam dan lemang jangung juga menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa.

Tapi terdapat perbezaan dari segi rasa, kerana apabila ditambah jagung ianya secara tidak langsung menambahkan rasa manis di dalam lemang.

Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung. Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda.

Lemang adalah makanan yang sangat popular dan diiktiraf sebagai hidangan tradisional Malaysia. Terdapat banyak jenis lemang yang boleh dijumpai di seluruh Malaysia dan setiap jenis mempunyai rasa dan keunikan tersendiri.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung
Kreatif Dan Mudah, Wanita Ini Kongsi ‘Hack’ Masak Lemang Guna Pressure Cooker
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat
Next Article 'Sayang Nak Buang..', Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik ‘Sayang Nak Buang..’, Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?