• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
18 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak

Novel bahasa Melayu pertama diterbitkan di Sarawak

Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak. Jika menyusuri sejarah penerbitan novel di Malaysia, pengkaji banyak menjadikan novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ sebagai novel Melayu terawal yang diterbitkan. Tetapi kajian pada tahun awal 2000 mendapati terdapat karya lain berbentuk novel yang diterbitkan pada tahun 1876 di Kuching, Sarawak, bertajuk ‘Hikayat Panglima Nikosa’.

Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak
Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak. Sumber: Dewan Sastera

Novel karangan Ahmad Syawal Abd. Hamid ini telah ditemui tersimpan di Rhodes House Library of Oxford England oleh Sarawak Literary Society dalam simpanan Sir Hugh Low yang pernah bekerja dengan James Brooke sebelum dilantik menjadi Residen Perak pada tahun 1877.

Dicetak di Kampung Boyan, Kuching

Novel yang berusia 145 tahun ini, dihasilkan secara cetakan litografi pada 30 Jun 1876 di Bukit Persinggahan Kampung Boyan, Kuching Sarawak.

Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak

Inilah novel yang menjadi tanda transisi pergerakan daripada sastera lisan kepada sastera bertulis dalam era perkembangan kesusasteraan di Sarawak, berkisah tentang sebuah realiti kehidupan yang
dikonstruksikan.

Pengarang Ahmad Syawal Abd. Hamid ialah tokoh sasterawan Melayu moden dan ternama di Sarawak.

Novel ditulis laras bahasa Melayu klasik bertulisan jawi

Ketokohannya pernah digambarkan oleh Margaret Brooke (1903) sebagai seorang yang berwibawa, baik hati, mudah berkawan dan murah hati, serta berpengetahuan dalam bidang sastera. Malah, beliau disifatkan sebagai “a cultured man”, seorang lelaki budiman yang halus budi pekertinya.

Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak
Tajuk ditulis dalam tulisan jawi

Diharap Hikayat Panglima Nikosa yang ditulis dalam laras bahasa Melayu klasik bertulisan Jawi ini mendapat pengiktirafan UNESCO kerana naskhah ini merupakan naskhah besar yang mengubah sejarah perkembangan novel Melayu di Malaysia.

SUMBER :Dewan sastera
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lain Hos Setiap 4 Tahun, Mengapa 'Hosting' FIFA Mungkin Bukan Idea Terbaik Untuk Sebilangan Negara Lain Hos Setiap 4 Tahun, Mengapa ‘Hosting’ FIFA Mungkin Bukan Idea Terbaik Untuk Sebilangan Negara
Next Article Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad CIMB Anda Secara Dalam Talian Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad CIMB Anda Secara Dalam Talian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?