• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Oleh
Nazihah AN
31 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Dua remaja sesat pada hari Isnin (semalam) sekitar jam 6.40 petang

Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat. Dua remaja berusia 19 tahun dikhuatiri sesat sejak petang semalam di dalam hutan di Permai Rainforest, Santubong di sini telah ditemui dalam keadaan selamat sekitar tengah hari tadi.

Dipetik dari The Borneo Post, Remaja tersebut telah dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas tersesat di hutan berkenaan pada Isnin sekitar jam 6.40 petang ketika aktiviti mendaki (hiking).

Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat
Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Mangsa ditemui pada jam 11.25 pagi

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), remaja tersebut dikenali sebagai Gibriel anak Brodie dan Christian Xavier itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ketika mereka melakukan pencarian dalam anggaran radius satu kilometer dari checkpoint pertama.

Apabila pencarian dilakukan dalam radius satu kilometer dari checkpoint pertama, anggota SAR mendengar suara mangsa dan pasukan itu kemudian keluar dari laluan untuk mengesan punca suara sehingga menemui mangsa pada jam 11.25 pagi,”

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mangsa dijumpai sekitar jam 11.25 pagi tadi. Tambah beliau, mangsa kemudian dibawa keluar dari hutan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat
Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS – BBcats

Operasi tamat kira-kira jam 12.58 tengah hari ini.

Operasi SAR mengesan mangsa bermula petang semalam tetapi pasukan itu terpaksa menangguhkan operasi pada 1.22 pagi tadi berikutan jarak penglihatan yang rendah, trek hutan curam dan pejalan kaki dikatakan menyimpang daripada trek asal.

Hari kedua (hari ini) operasi SAR diteruskan kira-kira jam 10.30 pagi hari ini dengan pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melakukan pencarian di sekitar Kem Permai hingga ke kawasan air terjun – yang merupakan tempat terakhir mangsa ditempatkan.

Jelas beliau dalam satu kenyataan tengahari tadi, operasi menjejak mangsa sukar kerana kedua-dua mangsa bergerak untuk cuba mencari laluan track untuk keluar dari kawasan air terjun serta talian telefon dan aplikasi Whatsapp mangsa tidak dapat dihubungi.

Turut diberitahu bahawa kedua-dua mangsa telah menggunakan laluan bertanda merah sebelum tersesat dan kali kali terakhir berada dikawasan air terjun.

Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat
Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Pada jam 11.49 pagi tadi, netizen sempat merakam aksi merbahaya sebuah kenderaan MPV jenis Vellfire telah melakukan aksi merbahaya dengan memandu secara melawan arus. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD
Next Article Tak Dapat Balik Sarawak Untuk Bergawai? Jom Ke Rumah Asap Kenyalang Cafe Di Pulau Pinang! Tak Dapat Balik Sarawak Untuk Bergawai? Jom Ke Rumah Asap Kenyalang Cafe Di Pulau Pinang!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?