“Ada kereta besar tak semestinya ada ‘otak besar'” – Netizen
Netizen Rakam Aksi Merbahaya Vellfire Langgar Arus Di Jalan Song. Perbuatan melawan arus di jalan raya adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Pada jam 11.49 pagi tadi, netizen sempat merakam aksi merbahaya sebuah kenderaan MPV jenis Vellfire telah melakukan aksi merbahaya dengan memandu secara melawan arus.
Velffire hitam dengan nombor kenderaan QAR 11 tersebut didapati melawan arus sebelum menunggu ‘line clear’ untuk masuk ke simpang bertentangan.
Kenderaan MPV JENIS VELLFIRE NO KENDERAAN( QAR 11) LOKASI LAMPU ISYARAT JALAN SONG … KERETA YA LAWAN ARUS KITAK ORG LIHAT DAN NILAI MAKNA SEORG YG KAYA RAYA TAPI OTAK TNGAL UTK GAWAI 😂😂…MAAFLAH VDEO SNGKUT2 MAKLUMLAH PAKE HP ANDROID JKðŸ¤MUN PAKE IPHONG NYAMAN SKITJAM KEJADIAN 1149 HRS#QAR11 IPK Sarawak Jln Badarudin Kuching Cawangan Trafik Ipd Kuching Sarawak Roads Update Sarawak Edition SE
Posted by Bila Gaji Dreamaster Thomas on Monday, May 30, 2022
Tindakan merbahaya tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna jalan raya yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang mementingkan diri dan mengancam keselamatan nyawa orang ramai.


Tindakan mementingkan diri sendiri
Malah, netizen yang memuat naik video rakaman Vellfire tersebut turut meletakkan kapsyen yang berbaur sindiran dengan mengatakan bahawa kekayaan seseorang tidak semestinya setanding dengan kekayaan mindanya.
Terutamanya dalam perihal ‘common sense’ dan moraliti.
Menerusi ruangan komen, netizen masing-masing menandakan laman sosial PDRM agar perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya.
Kemalangan maut akibat lawan arus baru berlaku di Jalan Kuching-Serian malam tadi
Bahayanya perbuatan melawan arus seperti ini baru sahaja mengakibatkan kemalangan maut melibatkan dua buah motorsikal di Kilometer 55 Jalan Kuching-Serian semalam.


Kejadian yang berlaku pada jam 12.25 pagi itu menyaksikan motosikal yang ditunggang oleh seorang pemuda berusia 19 tahun melawan arus lalu bertembung dengan motorsikal yang ditunggang oleh seorang lelaki dari arah Kuching menghala ke Serian.
Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan parah terhadap kedua-dua penunggang. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Serian.
Diharap pengguna jalan raya yang lain dapat bertimbang rasa dan mematuhi peraturan jalan raya, terutamanya di musim perayaan ini. Pandu cermat, jiwa selamat.