• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Oleh
Nazihah AN
26 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Hilang Kawal Semasa 'Menyelit', Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Kelihatan pelajar tersebut pecut di jalan raya semasa menyelit di antara kenderaan

Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Kemalangan berlaku melibatkan sebuah motosikal di Kuching pagi tadi ternyata mencuri perhatian dan menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Isi Isi Penting
  • Kelihatan pelajar tersebut pecut di jalan raya semasa menyelit di antara kenderaan
  • Penunggang motosikal tersebut lengkap seragam serta beg sekolah
  • Tiada sebarang kecederaan dilaporkan
  • Sebelum ini pernah juga tular dua penunggang motosikal lengkap dengan pakaian seragam sekolah menengah telah bertindak untuk melanggar lampu merah di lebuhraya utama. Baca artikel di bawah:

Telah tular satu klip video yang diambil dari dashcam netizen yang menunjukkan terdapat satu kemalangan berlaku di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, pagi tadi. Kejadian tersebut telah menyebabkan jalan menjadi sedikit sesak.

Perkongsian video tersebut telah menerima sebanyak 177 komen dan 23K tontonan setakat ini. Video tersebut telah dikongsi di laman Facebook milik Sarawak Roads Updates dengan caption nasihat agar jangan laju ketika menyelit kenderaan.

Hilang Kawal Semasa 'Menyelit', Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Penunggang motosikal tersebut lengkap seragam serta beg sekolah

Dan lagi sekali, kejadian tersebut telah melibatkan seorang pelajar sekolah. Penunggang motosikal tersebut dilihat lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan beg sekolah di atas jalan.

Difahamkan melalui rakaman dashcam berdurasi 20 saat tersebut menampakkan bahawa pelajar yang bermotosikal tersebut bertindak untuk memecut dan menyelit di antara kenderaan. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6:56 pagi tadi.

Setelah overtake kenderaan biru (hadapan pemilik dashcam), motorsikal tersebut dilihat hilang kawalan dan tergelincir di tengah jalan.

Hilang Kawal Semasa 'Menyelit', Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan

Dilihat dalam video kedua yang telah dikongsi di ruangan komen, dua buah kereta dan sebuah motosikal lain turut membantu pelajar tersebut untuk mengangkat motosikalnya di atas jalan. Walaupun ianya tidak beberapa jelas, telah dilaporkan bahawa pelajar tersebut tidak menerima kecederaan yang teruk.

Meninjau ruangan komen, ada yang merasa kasihan dengan pelajar tersebut, ada juga yang merasa bengang dengan tindakan pelajar yang memecut ketika menyelit kenderaan.

Hilang Kawal Semasa 'Menyelit', Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Nasib baikla takda cedera teruk, bahaya betul😥Ingat tau korangg, kalau nak memotong atau nak menyelit ke, kena bawak kenderaan perlahan sikit tau! Terutamanya pelajar sekolah yang hendak turun sekolah atau balik sekolah.

Sebelum ini pernah juga tular dua penunggang motosikal lengkap dengan pakaian seragam sekolah menengah telah bertindak untuk melanggar lampu merah di lebuhraya utama. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Melakar Sejarah, Guru Dari Sabah Ini Memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge Melakar Sejarah, Guru Dari Sabah Ini Memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge
Next Article [VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu ‘Hailak’ Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?