• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu

Oleh
Aina Musa
18 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Mat Salleh Ini Dedah Sibu International Base Jump Berjaya Pikat Hati Beliau Dengan Bandar Sibu

Terpaut hati dengan Sibu

Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu. Sibu pastinya mempunyai tempat yang istimewa di hati Gary Cunningham selepas beliau menglibatkan diri dengan acara Sibu International Base Jump yang diadakan baru-baru ini.

Presiden Australian Base Jumping Association itu menganggap sambutan yang diterima daripada penduduk Sibu itu sebagai sesuatu yang luar biasa.

Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu
Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu. Kredit Foto: Sibu International BASE Jump

Beliau gembira kerana dapat kembali beraksi untuk acara itu selepas terpaksa berehat selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19.

Cunningham adalah antara penerjun luar negara terawal yang terlibat dalam Sibu International Base Jump, yang ditubuhkan pada 2009.

Layanan warga Sibu tambat hati beliau

Beliau sempat berkongsi cerita mengenai perasaan dan pengalaman beliau sepanjang beliau terlibat dengan acara Sibu International Base Jump ini.

Menurut beliau, setiap kali acara itu diadakan, ada sebuah keluarga ini yang akan datang setiap tahun untuk menyokong acara itu.

Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu
Kredit Foto: FB Gary Cunningham

Lebih menarik lagi adalah mereka memberikannya hadiah bersempena dengan hari lahirnya yang berlangsung baru-baru ini.

“Kami masih berhubung di Facebook, walaupun selepas mereka berpindah ke negeri lain,” kata Cunningham ketika ditemui semalam di Wisma Sanyan yang menjadi tapak lompat acara itu diadakan.

Tambahnya, warga Australia itu juga mencadangkan Kompleks Kondominium Waterfront Residence yang berdekatan dijadikan titik lompat, selain Wisma Sanyan.

Laksa Sarawak berjaya pikat hati Jack

Seorang lagi penerjun payung, Jack Propeck, berjaya melakukan 10 lompatan sejak beberapa hari lalu dalam perjalanan pertamanya ke Sibu.

Beliau berkata, merasai pengalaman budaya tempatan merupakan antara tentatif program yang disenaraikan dalam jadual perjalanan adalah satu bonus buatnya.

Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu
Kredit Foto: Borneo Post

Beliau mendedahkan beliau ‘telah jatuh cinta dengan Laksa Sarawak’.

“Saya meminati makanan pedas sejak berpindah ke Thailand November lalu.

“Kuah laksa yang pekat dan pedas benar-benar memikat saya untuk mencubanya lagi,” kata bekas anggota tentera dari UK itu.

Ketahui apa yang menarik di Sibu, terokai di sini:

Kerajaan Mahu ‘Sibu Jaya Water Fiesta’ Jadi Acara Tahunan Di Sibu
Setinggan Cafe, Kedai Retro Hidangkan Sup Tulang Terbaik Di Sibu
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Polis Ditangkap
Next Article Pemain Sape Asli Lagu Keluarga Malaysia Buat Kemunculan Khas Pada Sambutan Hari Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?