• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak

Oleh
Ismail NA
13 Februari 2026
Kongsi
5 Min Bacaan

Konsep Bufet Ramadan untuk Pencinta Hidangan Cina Muslim

Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak. Tahun 2026 menyaksikan Hilton Kuching sekali lagi tampil dengan konsep Bufet Ramadan yang cukup berani menerusi tema Inspirasi Xi’an, Diraikan Bersama di River View Café.

Bukan sekadar menawarkan juadah berbuka puasa, Hilton Kuching membawakan naratif ‘Laluan Sutera’ terus ke pinggir Sungai Sarawak. Kolaborasi antara Chef Eksekutif, Alex Wong bersama Chef Wang Fujian dan Jiang Jin dari Hilton Xi’an High-Tech Zone ini menjanjikan satu kembara rasa yang merentasi sempadan geografi.

Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak
Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak. Chef Wang Fujian dan Jiang Jin dari Hilton Xi’an High-Tech Zone menyajikan hidangan mi Biang Biang.

Sentuhan Mewah Wagyu M5 Dan Makanan Laut Premium

Bagi penggemar daging, tumpuan utama pastinya terarah kepada stesen panggang (Carving Station) yang menampilkan Salted Australian Stanbroke M5 Wagyu Brisket. Tekstur daging Wagyu yang cair di mulut ini merupakan hasil air tangan Chef Alex, menjadikannya ‘bintang’ utama yang wajib dicuba.

Tidak terhenti di situ, bagi anda yang sukakan kesegaran, bahagian Seafood on Ice menghidangkan Scallop Half-Shell Jepun yang manis dan segar, selain Udang Harimau Santubong dan Mussels Hijau New Zealand. Gabungan protein premium ini meletakkan standard bufet ini dalam kelas yang tersendiri.

Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak
Char-Grilled Lamb Rack with Roasted Garlic Aioili dan Peha Kambing Berempah Xi’an Style

Keunikan Xi’an Di Tengah Bandaraya Kuching

Keistimewaan kali ini adalah kehadiran menu autentik dari Muslim Quarter di Xi’an. Bayangkan anda dapat menikmati Mee Biang Biang yang ditarik dengan tangan secara segar, rou jia mo (burger gaya Cina), dan Shaanxi Chilli Soy Braised Beef yang kaya dengan rempah ratus.

Ia adalah satu penghormatan kepada kraf kulinari dan warisan sejarah yang jarang-jarang dapat dirasai di Sarawak. Pengalaman ini diperhebatkan lagi dengan suasana ruang makan yang dihias bagi membawa tetamu seolah-olah berada di hab ikonik Laluan Sutera tersebut.

Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak
Mi Biangbiang dan Oil-Splashed Noodles

Pesta Durian Musang King Di Tepi Sungai

Inilah pula bahagian di mana anda boleh memanjakan deria rasa anda. Di bahagian teres River View Café, Hilton Kuching membawakan stesen BBQ secara langsung yang menyajikan Lobster Sematan dan Australian Black Angus Tomahawk.

Namun, penutup yang paling dinanti-nantikan sudah semestinya Durian Musang King Raub yang segar. Menikmati kelemakan dan kemanisan durian gred premium ini sambil ditemani angin sepoi-sepoi Bandaraya Kuching dan pemandangan panorama Sungai Sarawak pastinya satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Bagi peminat pencuci mulut, Silk Road atau Laluan Sutera akan membawa anda ke ruangan manisan dan pencuci mulut yang berwarna-warni, bermula dengan seksyen manisan tempatan, Timur Tengah, dan seleksi pastri Perancis turut tersedia untuk melengkapkan malam anda.

Paling tidak dapat dilupakan, manisan khas sarang burung dengan pilihan gula mawar atau osmanthus, dan pulut kacang merah, zhen gao.

Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak
Sarang burung dengan longan, kurma merah, fungus putih, buah goji dengan pilihan sirap mawar atau osmanthus.
Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak
Manisan dari Timur Tengah

Info Tempahan Dan Keistimewaan Ahli

Pengalaman mewah ini ditawarkan pada harga RM 588 nett untuk dewasa dan RM 294 nett untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Walaupun harganya mencerminkan kualiti bahan premium yang digunakan, terdapat pelbagai cara untuk anda menikmati penjimatan.

  • Ahli Hilton Honors: Nikmati diskaun antara 10% hingga 25% mengikut status keahlian anda.
  • Mesra Keluarga: Ibu bapa boleh menjamu selera dengan tenang kerana akses percuma ke Kids’ Club disediakan untuk anak-anak.
  • Waktu Operasi: Bufet ini akan bermula dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, jam 6:00 petang hingga 9:30 malam.

KHAS UNTUK PENGIKUT I LOVE BORNEO & I LOVE KUCHING 🎁

Kami ada berita gembira! Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti kami, anda boleh menikmati diskaun eksklusif 15% untuk Bufet Ramadan di River View Café, Hilton Kuching 🥳

Gunakan kod promo di bawah semasa membuat tempahan:

  • I Love Borneo – ILOVEBORNEO15
  • I Love Kuching – ILOVEKCH15

Terma & Syarat Penting:

  • Tempahan awal adalah wajib.
  • Sila nyatakan kod promo semasa membuat tempahan untuk menikmati potongan 15%.
  • Sah untuk tempahan terus dengan Hilton Kuching sahaja melalui talian +6082223888 atau emel [email protected].
  • Tidak sah untuk tempahan melalui SevenRooms.
  • Tidak boleh digabungkan dengan promosi, diskaun, atau baucar lain.
  • Sah dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026.

Adakah ini bakal menjadi lokasi berbuka puasa paling ‘grand’ di Kuching bagi tahun 2026? Melihat kepada senarai menunya, jawapannya mungkin ya.

Baca juga hidangan bufet yang lain di Kuching untuk tahun 2026:

6 Hidangan Signature Wajib Cuba di Bufet Sine San Berambeh Sheraton Kuching 2026
Tadarus Diraja, Tradisi Membaca Al-Quran Di Istana Sultan Brunei di Bulan Ramadan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sejarah Di Sebalik Nama ‘Jawa’ Etnik Tionghoa Indonesia
Next Article Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?