• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hina Kalimah Allah Di Media Sosial, Dua Lelaki Dikenakan Hukuman Penjara

Oleh
Aina Musa
22 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Hina Kalimah Allah Di Media Sosial, Dua Lelaki Dikenakan Hukuman Penjara

Padah hina kalimah Allah

Hina Kalimah Allah Di Media Sosial, Dua Lelaki Dikenakan Hukuman Penjara. Dua lelaki telah dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah berasingan berhubung dengan kes penghinaan terhadap kalimah ALLAH yang dimuat naik di media sosial berkaitan isu penjualan stoking yang tertera kalimah tersebut.

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang juruteknik aplikasi sosial, Chiok Wai Loong, berusia 34 tahun, dikenakan hukuman penjara selama enam bulan serta denda RM12,000 pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat hantaran yang bersifat jelik berkaitan kalimah ALLAH di laman sosial.

Hina Kalimah Allah Di Media Sosial, Dua Lelaki Dikenakan Hukuman Penjara. Sumber: Berita Harian

Dalam rayuannya, Chiok memohon agar tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan pekerjaannya. Namun, Hakim Cik Suzana Hussin yang mendengar kes tersebut tetap menjatuhkan hukuman penjara dan memerintahkan penjara tambahan tiga bulan jika denda tidak dibayar.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah, seorang perunding hartanah, Ricky Shane Cagampang, berusia 33 tahun, juga dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM15,000 atas tuduhan yang sama. Hakim Amir Shah Amir Hassan yang mendengar kes tersebut turut memerintahkan hukuman penjara tambahan empat bulan jika denda tidak dibayar.

Ricky Shane didakwa melakukan kesalahan menyalahgunakan kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, berhubung komen penghinaan terhadap kalimah ALLAH yang dilakukan melalui akaun Facebooknya.

Dalam rayuannya untuk mengurangkan hukuman, Ricky Shane yang seorang mualaf selepas memeluk Islam pada Mac 2021 di Kota Kinabalu, Sabah, menyatakan bahawa dia hanya memberi komen terhadap hantaran di laman Facebook New Straits Times dan tidak menyedari kesannya yang serius sehingga didakwa di mahkamah.

Dia turut memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan komen dan hantarannya serta menegaskan bahawa dia tidak berniat merendahkan agama Islam.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, bagaimanapun, menggesa agar hukuman tegas dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh kerana melakukan kesalahan yang serius terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam
Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Terkejut Jumpa Kain Buruk Di Dalam Murtabak Yang Dibeli Dari Bazar
Next Article Karim Mahu Orang Sarawak Hentikan Pendaftaran PADU Serta Merta Karim Mahu Orang Sarawak Hentikan Pendaftaran PADU Serta Merta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?