I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching

Oleh Nazihah AN
17 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Pembeli Ditipu Peniaga Jual Telur Saiz Gred A Di Miri Dan Kuching

Dalam berniaga ni biarlah kita bersikap jujur, ya?

Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching. Seperti yang kita sedia maklum, telur gred A, B, dan C adalah salah satu barang yang tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Barang.

Tatkala negara kita sedang mengalami inflasi, ada sesetengah peniaga bertindak untuk mengambil kesempatan ini untuk bersikap tidak jujur dalam perniagaan demi mengaut keuntungan.

Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching
Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching. Sumber gambar: KPDNHEP

Telur saiz kecil diletakkan sekali di dalam bekas telur Gred A

Perkara mengenai penjual menipu pembeli dengan meletakkan telur bersaiz kecil bersama telur Gred A di dalam papan sering tular di laman sosial baru-baru ini. Sebelum ini isu ini pernah dikongsi oleh pemilik Facebook Roselind Gabbson mendapati bahawa dirinya ditipu oleh peniaga di Miri.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa saiz telur di dalam papan tersebut agak berbeza. Jelas pemilik akaun tersebut, telur Gred A telah disusun di tepi, manakala di tengah-tengah papan tersebut peniaga meletakkan telur saiz kecil berbanding Gred A.

Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching
Sumber gambar: FB Roselind Gabbson

Selain di Miri, isu ini turut dialami oleh pembeli di Kuching

Tular isu tersebut di Miri, kini tular pula isu peniaga tipu saiz telur di Kuching. Sama nasib seperti Roselind, Pemilik Faceook Andy Siaw turut memuat naik perkongsiannya menunjukkan bahawa telur Gred A satu papan yang dibeli nya turut bercampur dengan telur yang bersaiz kecil.

Pemeriksaan uji timbang turut dilakukan dan bacaan timbangan telur tersebut adalah antara 0.51 di mana berat tersebut tidak mencukupi untuk dilabelkan dengan gred B.

Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching
Sumber gambar: FB Andy Siaw

Untuk pengetahuan anda, syarikat yang didakwa menipu gred telur akan dikenakakan tindakan mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan dibaca bersama Seksyen 6(1)(b) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(A) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM250,000 boleh dikenakan dan tidak lebih RM500,0000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya, jika sabit kesalahan.

Lagi berita menarik anda boleh baca di bawah:

Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan

Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Boleh Terima Hubungan Sudah Berakhir, Lelaki Ini Dipenjara Kerana Memukul Bekas GF Dengan Helmet Tak Boleh Terima Hubungan Sudah Berakhir, Lelaki Ini Dipenjara Kerana Memukul Bekas GF Dengan Helmet
Next Article Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?