• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hos Disambung Dari Ekzos Terus Ke Dalam Kereta, Seorang Lelaki Ditemui Mati Di Kuching

Oleh
ILB - AI
6 Ogos 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kenderaan tersebut dijumpai di Jalan Dusun, Kuching

Hos Disambung Dari Ekzos Terus Ke Dalam Kereta, Seorang Lelaki Ditemui Mati Di Kuching. Seorang individu lelaki ditemui mati di dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta yang terletak di sebuah bekas bangunan kerajaan yang terletak di Jalan Dusun.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata pihaknya menerima laporan orang awam yang mencurigai sesuatu selepas melihat kereta mangsa iaitu sekitar jam 9.28 pagi.

Hos Disambung Dari Ekzos Terus Ke Dalam Kereta, Seorang Lelaki Ditemui Mati Di Kuching
Hos Disambung Dari Ekzos Terus Ke Dalam Kereta, Seorang Lelaki Ditemui Mati Di Kuching

Menurutnya beliau lagi, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bertindak dengan terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

“Maklumat awam memberitahu kemungkinan ada orang membunuh diri di dalam kenderaan berkenaan apabila terdapat satu saluran hos dimasukkan ke dalam kenderaan itu yang disambung terus ke ekzos.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) telah ke tempat kejadian dan membuat pemeriksaan, di mana mangsa disahkan meninggal dunia di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Siasatan lanjut polis masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 3 Jenis Gangguan Seksual Atas Talian Dan Langkah Mengatasinya
Next Article Semuanya RM 2.30 Sahaja, Kedai ECO Shop Cawangan Samarahan Dibuka Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?