fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sarawak Sifar Kes 6 Hari Berturut-Turut, Pusat Karaoke Terbuka Masih Dilarang Beroperasi

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
6 Ogos 2020
Sarawak Sifar Kes 6 Hari Berturut-Turut, Pusat Karaoke Terbuka Masih Dilarang Beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Teruskan perjuangan, Sarawak!

Sarawak Sifar Kes 6 Hari Berturut-Turut, Pusat Karaoke Terbuka Masih Dilarang Beroperasi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menerusi kenyataan media mengumumkan bahawa Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif untuk hari ini. Ini menjadikan Sarawak sifar kes positif selama 6 hari berturut-turut.

Walau bagaimanapun, kesemua kluster terbaharu yang dikesan di Sarawak masih aktif.

ADVERTISEMENT

Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang memasuki Sarawak hanya perlu isi borang E-Health, tak perlu EnterSarawak

Dalam perkembangan yang sama, JPNS juga turut menjelaskan tatacara kemasukan ke Sarawak semasa musim pandemik ini.

Sarawak Sifar Kes 6 Hari Berturut-Turut, Pusat Karaoke Terbuka Masih Dilarang Beroperasi
Sarawak Sifar Kes 6 Hari Berturut-Turut, Pusat Karaoke Terbuka Masih Dilarang Beroperasi

Bagi individu yang masuk ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, mereka tidak perlu mengisi borang EnterSarawak tetapi sebaliknya hanya perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan (E-Health).

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, bagi individu sama ada warganegara mahupun warga asing yang pulang dari luar negara atau transit dari luar negara, mereka wajib mengisi kedua-dua borang tersebut.

Hanya individu yang menuju ke destinasi terakhir di kawasan pedalaman dan jauh dari Klinik Kesihatan dengan kemudahan pengambilan sampel sahaja diarahkan untuk dikuarantin di hotel.

ADVERTISEMENT

Sampel akan diambil pada hari kedua dan dibenarkan pulang sekiranya keputusan negatif tanpa perlu menyambung baki kuarantin.

Individu yang menuju ke destinasi akhir di kawasan bandar seperti Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas akan dipasang ‘wristband’ dan dibenarkan pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, mereka hendaklah hadir ke Klinik Kesihatan yang menyediakan pengambilan sampel untuk diambil sampel pada hari ke-2. Sekiranya negatif, barulah mereka akan dilepaskan dari arahan kuarantin tanpa perlu menyambung baki kuarantin.

Pusat karaoke berbilik dibenar beroperasi mulai 15 Ogos, karaoke terbuka masih dilarang

Sarawak Sifar Kes 6 Hari Berturut-Turut, Pusat Karaoke Terbuka Masih Dilarang Beroperasi

Bagi operasi pusat hiburan pula, hanya pusat karaoke dengan bilik tertutup sahaja dibenarkan beroperasi bermula 15 Ogos 2020 dengan syarat mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Pusat karaoke terbuka seperti di pasar malam, rumah asap, bar dan bistro masih dilarang untuk dibuka.

Harap momentum sebegini dikekalkan sehingga virus ini benar-benar lenyap kelak. Sentiasa patuhi SOP, okay?

Artikel lain :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy