• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau

Oleh
Farisha
12 Jun 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Hidden gem di Ranau Sabah untuk para pelancong

Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau. Homestay Hounon Ridge, dikenali sebagai Hounon Ridge Farmstay dan Camping, terletak di Bundu Tuhan, kira-kira 21 kilometer dari Taman Kinabalu di Malaysia. Lokasi ini menawarkan gabungan keindahan alam semula jadi dan kedamaian menjadikannya destinasi percutian yang ideal untuk keluarga, rakan-rakan, dan pelancong solo yang menghargai alam semula jadi dan alam sekitar.

Farmstay dan tapak perkhemahan ini menawarkan pelbagai pilihan penginapan, termasuk bilik keluarga, bilik standard, asrama, dan tapak perkhemahan. Harga untuk penginapan ini berbeza bergantung pada masa tempahan dan hari tempahan, dengan kadar umumnya lebih rendah pada hari biasa.

Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau
Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau

Sekiranya anda berada di Sabah, anda harus cuba menginap di Hounon Ridge, Bundu Tuhan. Ditempatkan di Ranau, ia merupakan sebuah homestay persendirian yang dikelilingi oleh pemandangan indah, terutamanya gunung-ganang disekelilingnya!

Perjalanan Yang Mencabar Tetapi Berbaloi

Untuk pergi ke sini, anda akan meluangkan masa sejam untuk masuk ke sini dari simpang Bundu Tuhan. Pekan yang terdekat adalah Pekan Nabalu (40 min dari tempat penginapan) dan anda boleh juga membeli makanan dari pasar malam di Kundasang. Tempat parkir juga disediakan.

Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau
Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau. Kredit: Facebook Barry Johannes

Anda dinasihati untuk datang ke sini sebelum petang kerana perjalanan ke sini agak mencabar, dengan jalannya yang sempit serta berlubang. Tetapi sejurus anda tiba ke destinasi, anda boleh lihat matahari terbenam dengan jelas serta melakukan aktiviti stargazing pada waktu malam. Kemudian, dikurniakan pemandangan yang mengagumkam pada hari seterusnya, dengan adanya pemandangan sunrise yang indah serta pemandangan Gunung Kinabalu yang jelas. Secara ringkasnya, anda akan menikmati alam semula jadi serta pemandangan yang mantap!

Berkhemah Sambil Menikmati Pemandangan

Terdapat juga pilihan lain dimana pengunjung boleh memilih untuk berkhemah di persekitaran tempat menginap. Terdapat juga tempat untuk berpanggang yang telah disediakan untuk kemudahan anda sekiranya anda teringin untuk melakukan aktiviti BBQ.

Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri, tapi jangan risau! Tempat menginap ini menyediakan dapur untuk anda melakukan masakan anda. Anda juga boleh berpilih untuk BBQ sekiranya anda mahu menikmati gunung-ganang sekeliling sambil berpanggang!

Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau
Hounon Ridge Farmstay & Camping Tawarkan Pemandangan Indah Di Ranau. Kredit: superbplacemalaysia

Sekiranya anda datang slightly unprepared, terdapat juga sebuah kafe kecil yang anda boleh kunjung untuk makanan asas.

Aktiviti Yang Boleh Dibuat

Para pelancong boleh menikmati budaya kehidupan kampung, meneroka alam semula jadi, berjalan-jalan di hutan, melawat air terjun dan kolam air panas berdekatan, menikmati hidangan masakan kampung, mempelajari kraftangan tradisional dan lain-lain. Tarikan popular berdekatan termasuk Taman Rama-Rama Kipandi, Ladang Lebah Madu, Kolam Air Panas Poring.

Booking Adalah Terhad

Jika anda berminat untuk menginap disini, anda dinasihati untuk buat tempahan anda seawal mungkin kerana homestay ini mempunyai bilik-bilik yang terhad.

Homestay Hounon Ridge Farmstay dan Camping di Bundu Tuhan menawarkan pengalaman menginap yang unik dan tenang, dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi dengan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai untuk semua jenis pelancong, menjadikannya destinasi percutian yang ideal untuk mereka yang mencari ketenangan dan kedekatan dengan alam.

Maklumat penting

Lokasi: Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah

Waktu operasi: 8am-5pm

Hubungi mereka: 013-850 6463

Baca juga artikel mengenai hidden gem disini:

Aktiviti Santai Di Ranau Sabah Untuk Dikunjungi
Arnab Village Di Ranau Sabah Yang Anda Perlu Lawati
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut
Next Article Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?