• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik#innovatesarawak

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Sesi Mentor Dan Pas Co-Working Percuma

Oleh
Ismail NA
19 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

3 Bulan Ruang Kerja Co-Working Percuma Untuk Anda di Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS.

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Sesi Mentor Dan Pas Co-Working Percuma. Tahukah anda bahawa Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) kini menawarkan pas co-working 3 bulan secara percuma?

Isi Isi Penting
  • 3 Bulan Ruang Kerja Co-Working Percuma Untuk Anda di Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS.
  • Sertai 8 Kali Sesi Mentor PERCUMA Untuk Anda Bina Laluan Kerjaya Dengan Mudah
  • Syarat Penyertaan
  • Program tahunan TEGAS iaitu TEGAS Startup Lab dan TEGAS Digital Pre-Accelerator (TDPA) juga kembali lagi tahun ini. Baca artikel penuh untuk maklumat lanjut :

Ya, percuma sahaja!

Ia merupakan usaha kerajaan Sarawak untuk membantu syarikat pemula dan perusahaan sosial Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bahkan, pihaknya juga turut menawarkan sokongan untuk usahawan secara berkala melalui sesi webinar percuma, program pembangunan berkapasiti atas talian, dan pecutan digital.

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Sesi Mentor Dan Pas Co-Working Percuma

Hub Inovasi Tegas SMA-TEGAS (DIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada SMA dan diuruskan oleh TEGAS, DIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, inkubasi serta program pecutan dan akses kepada jaringan Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Village Ecosystem).

Bukan itu sahaja, DIH juga mempunyai kemudahan ruang yang selesa, lengkap dengan pendingin hawa, ruang dalaman yang ‘trendy’ serta pantri untuk anda menikmati secawan teh atau kopi semasa bekerja.

Tentunya ia akan menjadi 3 bulan yang cukup selesa untuk anda meningkatkan produktiviti kerja.

Sertai 8 Kali Sesi Mentor PERCUMA Untuk Anda Bina Laluan Kerjaya Dengan Mudah

Bagi anda yang ingin membina portfolio kerjaya yang mantap atau baru sahaja bergraduat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi mentor percuma ini pula. Apatah lagi sekarang ialah masa yang sukar untuk pelajar, usahawan serta pekerja bebas akibat terjejas dengan pandemik COVID-19.

Kebiasaannya, sesi mentor yang diberikan oleh pakar-pakar industri memerlukan anda berbelanja sejumlah kos bagi membiayai yuran. Pasti itu membuatkan anda berfikir dua kali bukan?

Namun, sesi mentor anjuran Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS dengan kerjasama syarikat komuniti pembelajaran sosial, Future Lab ini menawarkan bimbingan serta latihan secara *PERCUMA sahaja!

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Sesi Mentor Dan Pas Co-Working Percuma
Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Sesi Mentor Dan Pas Co-Working Percuma

Menerusi program ini, anda berpeluang untuk mendapatkan nasihat, bimbingan serta latihan kerjaya oleh pakar-pakar industri yang berkaitan sebanyak 8 kali sesi percuma.

Syarat Penyertaan

Asalkan anda merupakan rakyat Sarawak yang berusia 17 tahun dan ke atas, anda sudah layak mendaftar!

Tapi, anda harus mendaftar dengan segera kerana peluang ini hanya untuk 100 orang menti pertama sahaja.

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang di pautan ini :

http://bit.ly/TEGASXFL

*tertakluk kepada terma dan syarat

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS, layari laman sesawang dan sosial media mereka di pautan berikut :

Laman sesawang : https://www.innovatesarawak.com/

Facebook : SMA-TEGAS Digital Innovation Hub

Instagram : @tegasdigital

Program tahunan TEGAS iaitu TEGAS Startup Lab dan TEGAS Digital Pre-Accelerator (TDPA) juga kembali lagi tahun ini. Baca artikel penuh untuk maklumat lanjut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka
Next Article Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?